KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng, yang meninggal dunia petang tadi.
Anwar berkata mendiang merupakan figura yang telah banyak menabur bakti kepada negara, khususnya selaku menteri kesihatan paling lama, selama sembilan tahun dari 1995 hingga 2004.
Selain itu beliau berkata Chua turut memainkan peranan penting sepanjang bersama KEADILAN, tatkala mengemudi pimpinan parti itu di Johor.
"Segala jasa dan pengorbanannya pasti dikenang rakyat serta rakan-rakan yang sama turut sama berjuang untuk negara tercinta. Saya doakan urusan keluarganya dipermudah," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Chua, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang hari ini pada 4.04 petang.
Beliau yang sebelum ini bersama MCA menyertai PKR pada 2009 dan seterusnya dalam tempoh setahun bersama parti itu, beliau dilantik sebagai Naib Presiden parti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng, yang meninggal dunia petang tadi. - Facebook Anwar Ibrahim

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.

Chua: Menteri Kesihatan yang berkesan, pejuang reformis kental - PM Anwar
Perdana Menteri berkata beliau sudah mengenali mendiang hampir 40 tahun, selepas Chua menjadi Ahli Parlimen dan semasa mendiang menjadi pemimpin MCA.

Chua Jui Meng sentiasa prihatin kesihatan rakyat - Wee Ka Siong
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng sentiasa prihatin tentang kesihatan rakyat, kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

Chua Jui Meng banyak tabur bakti kepada negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng, yang meninggal dunia petang tadi.

Bekas Menteri Kesihatan Chua Jui Meng meninggal dunia pada usia 80 tahun
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng, 80, meninggal dunia di Hospital Serdang hari ini pada 4.04 petang.

Nak bertanding di Segamat? Silakan, ini negara demokrasi - Dr Subra
Datuk Seri Dr S. Subramaniam tiada masalah untuk berdepan sesiapa pun di kerusi Parlimen Segamat pada PRU14 nanti kerana ini negara demokrasi.