Keputusan kerajaan negeri Sabah baru-baru ini untuk mengembalikan tempoh pajakan tanah di negeri ini daripada 99 tahun kepada 999 tahun akan memberi manfaat kepada 5,978 hak milik.
Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri Bernard Liew berkata amalan untuk mengurangkan tempoh pajakan selama 900 tahun bermula pada 1990-an tetapi Mahkamah Tinggi pada Mac 2020 memutuskan bahawa ia menyalahi undang-undang.
Beliau berkata Kabinet Sabah membuat keputusan pada Jun 2020 untuk memperbaiki kesalahan itu selain untuk mematuhi keputusan mahkamah.
"Kami sedang memperbaikinya dan akan mengembalikan tempoh pajakan kepada tempoh asalnya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
"Rekod jabatan kami menunjukkan sebanyak 5,978 pemegang hak milik tanah pajakan itu terjejas," katanya dan menambah keputusan Kabinet terpakai hanya untuk hak milik tanah dengan tempoh pajakan 999 tahun pada asalnya tetapi dikurangkan kepada 99 tahun selepas penukaran/pecahan.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan di Nabawan semalam rancangan untuk mengembalikan pajakan selama 999 tahun.
Mohd Shafie berkata keputusan Kabinet Sabah itu selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 Mac lepas bahawa syarat yang ditetapkan Jabatan Tanah dan Ukur untuk mengurangkan tempoh pajakan daripada 999 tahun kepada 99 tahun untuk kelulusan pembangunan dan pembahagian adalah menyalahi undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 23 2020
Bernard Liew berkata amalan untuk mengurangkan tempoh pajakan selama 900 tahun bermula pada 1990-an tetapi Mahkamah Tinggi pada Mac 2020 memutuskan bahawa ia menyalahi undang-undang. - Bernama
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
AWANI Pagi: Undang-Undang Antarabangsa Selesaikan Isu Laut China Selatan
AWANI Pagi bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Mohamed Redza Zakaria melihat peranan undang-undang antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan.
Hos AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104m
Hos AWANI Pagi, Nursyazwani Saiful Sham berjaya mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten tetapi ia penting bagi mengelak golongan itu meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti kurang sihat.
Tempoh pajakan kembali 999 tahun beri manfaat kepada 5,978 hak milik
Kabinet Sabah membuat keputusan pada Jun 2020 untuk memperbaiki kesalahan itu selain untuk mematuhi keputusan mahkamah.