SUBANG JAYA: Kerajaan sedang meneliti aspek keselamatan dalam transaksi menggunakan kad debit bagi sistem pembayaran tol secara terbuka.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, usaha itu masih berada dalam fasa perbincangan sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya menjelang September nanti.
Ini termasuk meminimumkan kadar risiko menggunakan kad debit sebagai alternatif pembayaran di plaza tol, katanya.
"Kesemua aspek kita nak pastikan risiko dalam kadar minimum... itu sebab perbincangan ambil masa kerana kita nak pastikan isu-isu dan kemungkinan masalah tidak akan berlaku. Jadi tidak boleh tergesa-gesa," katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir membuat tinjauan di Pusat Pemantauan Trafik Persada PLUS pada Rabu.
Mengulas lanjut, Alexander turut memberitahu, sebanyak 12 syarikat konsesi setakat ini telah bersetuju untuk turut serta dalam pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka.
Sistem itu juga katanya akan melalui tempoh percubaan sebelum dikuat kuasa penuh pada September.
Antara lebuh raya terlibat termasuklah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie, dan Jambatan Pulau Pinang.
Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai perkembangan projek pelebaran lebuh raya di Johor.
Ujarnya, perkara itu akan membabitkan perbelanjaan RM525 juta membabitkan laluan Pasir Gudang ke Sedenak dengan penambahan satu lorong.
"Projek ini memang ada tempoh masa apabila kelulusan dah diberikan, sekarang kerja-kerja awal jadi kita serah kepada pihak PLUS untuk laksanakannya," jelasnya lagi.
Hilmi Malik
Wed May 10 2023
![Teliti aspek keselamatan sebelum laksana sistem bayaran tol terbuka - Alexander Teliti aspek keselamatan sebelum laksana sistem bayaran tol terbuka - Alexander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683713616_TBNANTALINGGI.jpg)
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, usaha itu masih berada dalam fasa perbincangan sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya menjelang September nanti. - Gambar/ Astro AWANI
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Enam lagi lebuh raya setuju laksana pembayaran tol terbuka Enam lagi lebuh raya setuju laksana pembayaran tol terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715859016_tolterbuka.jpg)
Enam lagi lebuh raya setuju laksana pembayaran tol terbuka
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
![Teliti aspek keselamatan sebelum laksana sistem bayaran tol terbuka - Alexander Teliti aspek keselamatan sebelum laksana sistem bayaran tol terbuka - Alexander](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683713616_TBNANTALINGGI.jpg)
Teliti aspek keselamatan sebelum laksana sistem bayaran tol terbuka - Alexander
Kerajaan sedang meneliti aspek keselamatan dalam transaksi menggunakan kad debit bagi sistem pembayaran tol secara terbuka.
![LLM, syarikat konsesi lebuh raya kerjasama laksana sistem pembayaran tol terbuka LLM, syarikat konsesi lebuh raya kerjasama laksana sistem pembayaran tol terbuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679558081_RFID.jpg)
LLM, syarikat konsesi lebuh raya kerjasama laksana sistem pembayaran tol terbuka
LLM memaklumkan hari ini, pelaksanaan itu akan mengambil kira keseluruhan persekitaran sistem tol sedia ada.