Empat lelaki warga Amerika Latin masing-masing dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan beberapa kes pecah rumah sekitar Lembah Klang sejak 2008.
Kesemua tertuduh, Jeovan Andres Zamorano, Raul Ferwei Nino Queian, Ediverto Velderamma dan Jesus Evelio Ariza Silva mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan dalam bahasa Latin oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh berusia antara 27 hingga 56 tahun, didakwa melarikan barang berharga antaranya cincin emas, rantai leher, jam tangan pelbagai jenama, beberapa botol minuman keras dan tablet komputer dengan memecah masuk rumah kediaman di sekitar Taman TTDI, Shah Alam, Bukit Rahman Putra dan Saujana Resort yang melibatkan jumlah kerugian sekitar RM165,000.
Kesalahan yang dilakukan antara 2008 hingga Mac tahun ini didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda dan jika kesalahan mencuri, tempoh penjara boleh dilanjut sehingga 14 tahun bagi kesalahan kedua serta denda dan sebat.
Ketika rayuan, peguam Wan Azmir Wan Majid yang mewakili kesemua tertuduh memohon hukuman penjara paling minimum iaitu enam bulan ke atas kesemua tertuduh atas alasan pengakuan bersalah anak guamnya menjimatkan masa dan kos mahkamah.
Beliau berkata pengakuan bersalah tertuduh yang memasuki negara ini sebagai pelancong juga mengurangkan beban tugas pihak timbalan pendakwa raya yang tidak perlu mengemukakan sebarang saksi untuk kes pecah masuk bermula 2008.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa raya Selangor Ng Wee Li.
Bernama
Wed Jun 15 2016

Empat lelaki Amerika Latin ini masing-masing dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini. - Foto Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

'Telenovela' pecah masuk rumah: Empat warga Amerika Latin dihukum penjara setahun
Mereka memecah masuk rumah sekitar Taman TTDI, Shah Alam, Bukit Rahman Putra dan Saujana Resort yang melibatkan jumlah kerugian sekitar RM165,000.