Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menasihatkan para pemandu teksi yang belum memperbaharui kad pemandu yang telah tamat tempoh sah laku, agar berbuat demikian bagi memudahkan penyaluran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) One-off sebanyak RM600.
Agensi itu dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan para pemandu teksi berkenaan perlu memperbaharui kad pemandu mereka selewat-lewatnya 1 Julai ini dengan mematuhi kriteria yang ditetapkan oleh APAD.
"Seramai 8,743 pemandu telah memperbaharui kad pemandu mereka setakat 14 Jun lepas manakala anggaran 30,000 pemandu lagi masih belum berbuat demikian sebelum ini," menurut kenyataan itu.
Pada 23 Mei lepas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan berkata pihaknya sedang menimbangkan inisiatif bagi membolehkan kesemua pemandu teksi yang tidak layak sebelum ini, agar turut mendapat bantuan itu dengan syarat segera memperbaharui kad pemandu mereka.
Menurut kenyataan itu, menjadi tanggungjawab pengendali dan pemandu memastikan kad pemandu kekal aktif serta dipamerkan semasa beroperasi seperti dinyatakan dalam Pekeliling SPAD Bilangan 4 Tahun 2013 yang menggariskan keperluan tersebut seperti yang telah ditetapkan oleh APAD.
Bantuan Prihatin itu diberikan kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang diumumkan pada 27 Feb lepas dengan 29,447 pemandu teksi yang memiliki kad pemandu aktif telah diberi bayaran melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 2 April.
Sementara itu bagi pemandu yang layak tetapi masih belum menerima bantuan itu, mereka boleh hadir ke mana-mana cawangan BSN bagi penerimaan secara tunai, manakala pemandu yang tidak layak sebelum ini tetapi sudah memperbaharui kad pemandu mereka, mekanisme dan proses bayaran akan dimaklumkan selepas 1 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 15 2020

Di bawah Bantuan Prihatin, 29,447 pemandu teksi yang memiliki kad pemandu aktif telah diberi bayaran melalui BSN bermula 2 April. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pemandu bas halau penumpang: APAD arah siasatan lanjut dijalankan
Memandang serius insiden berkenaan, APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa syarikat itu telah menggantung tugas pemandu bas terlibat.

LPS: Terhad kepada bas ekspres ekonomi, tidak melebihi had usia 10 tahun - APAD
Permohonan Lesen Perubahan Sementara Perayaan yang dibuka mulai 15 Jan hingga 5 Feb 2024 adalah terhad kepada perkhidmatan bas ekspres ekonomi.

Permohonan lesen teksi dan kereta sewa dibuka kepada orang awam - Wee Ka Siong
APAD membuka permohonan Lesen Kelas Teksi dan Kereta Sewa kepada individu awam di bawah perniagaan Milikan Tunggal atau Perkongsian bermula 18 April hingga 30 Jun ini.

APAD gantung lesen pengendali lori rempuh lima kenderaan di Jalan Ipoh
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menggantung lesen pengendali lori yang merempuh lima kenderaan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 6 Sept lepas.

Tarikh pembayaran PEMERKASA Tambahan dipinda, akan bermula 27 Julai - APAD
Penerima akan menerima pembayaran bermula 27 Julai ini, dipinda daripada perancangan terdahulu untuk pemberian dibuat sebelum 15 Julai.

LRT laluan Kelana Jaya masih ikut pelan alternatif - Wee Ka Siong
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya masih berjalan mengikut pelan alternatif yang diumumkan Kementerian Pengangkutan semalam.

Operasi LRT laluan Kelana Jaya dijangka kembali normal lebih awal - Wee
Perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka kembali beroperasi seperti biasa lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.

Bantuan RM500: Pemandu teksi, bas boleh mohon kepada APAD
Sehingga kini, terdapat kira-kira 600 pemohon yang layak tetapi masih belum berdaftar dengan APAD, sekali gus menyukarkan proses penyaluran bantuan.

MyCar harap urusan perbaharui cukai jalan pemandu e-hailing dipermudah
MyCar mendapat banyak rungutan dan aduan daripada pihak pemandu yang tidak dapat memperbaharui cukai jalan disebabkan ketiadaan EVP.

Gerabak dan lokomotif tergelincir di Segamat, semua penumpang selamat
Tren yang terlibat sedang dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di KM 595 iaitu kira-kira lima kilometer dari Stesen Genuang.