KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka kembali beroperasi seperti biasa lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata ia selepas serpihan di kawasan kemalangan dua tren iaitu antara stesen KLCC dan Kampung Baru dibersihkan serta mendapat kelulusan operasi oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
"Saya dimaklumkan bahawa kerja pembersihan giat dijalankan. Mengikut status kerja terkini, dua tren yang terbabit dalam pelanggaran akan ditarik balik ke Depoh LRT Kelana Jaya untuk pembaikan tengah malam ini selepas tamat perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya hari ini.
"Sejurus itu, Prasarana akan segera membuat ujian perjalanan dengan tren yang lain (tanpa penumpang) pada tengah malam (ketika tiada perkhidmatan LRT) bagi memastikan semua laluan selamat digunakan khususnya di kawasan kemalangan itu," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Wee berkata kesemua 58 buah tren dijangka beroperasi semula secepat mungkin sekali gus dapat mengelakkan kesesakan dan kepadatan penumpang.
Beliau berkata apabila landasan di tempat kejadian dipulihkan kepada dua landasan, fenomena cerutan di tempat kejadian yang berlaku pada waktu kemuncak pagi semalam dapat diselesaikan dan kelicinan perkhidmatan LRT akan ditingkatkan.
Selain itu, beliau berkata hasil tinjauan di Pusat Kawalan Operasi (OCC) mendapati ia beroperasi dengan baik terutama dari segi sistem semboyan dan komunikasi selain sentiasa mengutamakan aspek keselamatan penumpang.
"Sekali lagi saya memohon pengguna tren supaya bersabar sedikit masa lagi sebelum keadaan kembali normal," katanya.
Semalam, Wee dalam sidang media berkata kerja-kerja membaik pulih kerosakan termasuk pembersihan landasan dan serpihan kemalangan LRT akan dilakukan dalam tempoh tiga hari mulai semalam (25 Mei) untuk mengelakkan gangguan operasi.
Dalam kejadian 8.45 malam Isnin lepas, seramai 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan, apabila sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji, bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 26 2021
![Operasi LRT laluan Kelana Jaya dijangka kembali normal lebih awal - Wee Operasi LRT laluan Kelana Jaya dijangka kembali normal lebih awal - Wee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621943808_WeeKaSiong.jpg)
Wee berkata kesemua 58 buah tren dijangka beroperasi semula secepat mungkin sekali gus dapat mengelakkan kesesakan dan kepadatan penumpang. - Gambar fail
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Penduduk P.Pinang yakin LRT mampu atasi kesesakan lalu lintas Penduduk P.Pinang yakin LRT mampu atasi kesesakan lalu lintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689779451_TBpenang.jpg)
Penduduk P.Pinang yakin LRT mampu atasi kesesakan lalu lintas
Penduduk Pulau Pinang teruja untuk menikmati perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri itu yang pelaksanaan fasa pertamanya dijangka bermula hujung tahun ini.
![Kekerapan tren LRT dijangka dipertingkat pada Ogos - Wee Kekerapan tren LRT dijangka dipertingkat pada Ogos - Wee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655370348_PelancaranMRT.jpg)
Kekerapan tren LRT dijangka dipertingkat pada Ogos - Wee
Kekerapan tren bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka dapat dipertingkat pada Ogos ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
![RM800 juta untuk proses baik pulih perkhidmatan 28 set tren LRT laluan Kelana Jaya RM800 juta untuk proses baik pulih perkhidmatan 28 set tren LRT laluan Kelana Jaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642829119_LRTrapidKLRapid.jpg)
RM800 juta untuk proses baik pulih perkhidmatan 28 set tren LRT laluan Kelana Jaya
Ia akan dibelanjakan untuk "mid-life refurbishment" melibatkan 28 set tren siri 818 ekoran beberapa insiden yang menyebabkan gangguan serta kekecewaan dalam kalangan pengguna.
![Tujuh inisiatif tambah baik perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya - Wee Tujuh inisiatif tambah baik perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya - Wee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653477714_WeeKaSiong.jpg)
Tujuh inisiatif tambah baik perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya - Wee
Tujuh inisiatif jangka panjang penambahbaikan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya daripada 23 inisiatif sedang giat dijalankan dan mengikut jadual yang dijangka siap akhir tahu
![Tren terkandas punca gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya Tren terkandas punca gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642829119_LRTrapidKLRapid.jpg)
Tren terkandas punca gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya
Disebabkan kejadian itu, hanya satu landasan yang boleh digunakan di antara Stesen LRT Taman Bahagia sehingga Stesen LRT Taman Jaya.
![28 stesen LRT dicadang dibina di Ipoh melibatkan dua laluan 28 stesen LRT dicadang dibina di Ipoh melibatkan dua laluan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637076367_DatukNoleeAshilin.jpg)
28 stesen LRT dicadang dibina di Ipoh melibatkan dua laluan
Sebanyak 28 stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dicadang bakal dibangunkan di Bandar Raya Ipoh, dengan jumlah jarak keseluruhan 58 kilometer (km).
![LRT di bandar raya Ipoh dalam rangka pembangunan kerajaan negeri LRT di bandar raya Ipoh dalam rangka pembangunan kerajaan negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61636968515_DatukNoleeAshilin.jpg)
LRT di bandar raya Ipoh dalam rangka pembangunan kerajaan negeri
Transit Aliran Ringan (LRT) di bandar raya Ipoh antara rangka pembangunan kerajaan negeri dalam menyediakan hab pengangkutan yang lebih moden selain mengatasi masalah kesesakan pada masa akan datang.
![LRT bertembung: Prasarana laksana langkah segera, mantapkan SOP perkhidmatan LRT bertembung: Prasarana laksana langkah segera, mantapkan SOP perkhidmatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623414451_beroperasisemula.jpg)
LRT bertembung: Prasarana laksana langkah segera, mantapkan SOP perkhidmatan
Prasarana melaksanakan langkah segera dengan memantapkan SOP berkaitan sistem keselamatan, operasi, tenaga kerja dan penyelenggaraan rel.
![Operasi LRT laluan Kelana Jaya dijangka kembali normal lebih awal - Wee Operasi LRT laluan Kelana Jaya dijangka kembali normal lebih awal - Wee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621943808_WeeKaSiong.jpg)
Operasi LRT laluan Kelana Jaya dijangka kembali normal lebih awal - Wee
Perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dijangka kembali beroperasi seperti biasa lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.
![LRT bertembung: Singapura zahirkan rasa simpati kepada mangsa kemalangan LRT bertembung: Singapura zahirkan rasa simpati kepada mangsa kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621871167_LRTkemalangan.jpg)
LRT bertembung: Singapura zahirkan rasa simpati kepada mangsa kemalangan
Kerajaan Singapura menzahirkan rasa simpati kepada 213 mangsa kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) pada Isnin, kata Kementerian Luar.