KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang terjejas pada pagi Selasa disebabkan tren bernombor 39 yang terkandas di stesen LRT Taman Jaya akibat masalah pada sistem brek.
Menerusi kenyataan Rapid Rail Sdn Bhd, kejadian yang berlaku jam 8.16 pagi itu menyebabkan hanya satu landasan yang boleh digunakan di antara stesen LRT Taman Bahagia sehingga stesen LRT Taman Jaya.
Sebagai tindakan susulan, pihak operasi kemudiannya mengaktifkan pelan perkhidmatan alternatif di mana penumpang dari arah Gombak dan Putra Heights perlu turun di stesen LRT Asia Jaya dan mendapatkan tren berikutnya bagi meneruskan perjalanan.
“Kami ingin memohon maaf kepada semua pengguna yang telah mengalami kelewatan dan kesulitan untuk menuju destinasi khususnya ke tempat kerja pada pagi tadi.
‘’Siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kerosakan tren. Ini bagi memastikan kejadian seumpama ini dapat dielakkan di masa hadapan,’’ kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, pengumuman mengenai kelewatan perkhidmatan tren turut dibuat di stesen dan di dalam tren.
Malah, kakitangan operasi ditempatkan di platform stesen LRT Asia Jaya bagi membantu penumpang mendapatkan tren sambungan.
“Buat masa ini kerja-kerja mengalihkan tren yang terkandas sedang giat dijalankan oleh jurutera Rapid Rail.
‘’Proses menunda keluar tren dijangka selesai pada jam 2 petang dan perkhidmatan akan dipulihkan ke frekuensi normal selepas itu,” ujarnya lagi.
Justeru, pengguna diminta untuk mendapatkan informasi terkini mengenai perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya menerusi platform media sosial Rapid KL.
Sebarang status akan dikemaskini secara terus untuk memudahkan penumpang merancang perjalanan.
Pada sebelah pagi tadi, kegagalan tren LRT dari stesen Taman Jaya menuju ke arah Putra Heights menyebabkan ramai pengguna laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan ke lokasi masing-masing.
Astro Awani
Tue May 10 2022

Disebabkan kejadian itu, hanya satu landasan yang boleh digunakan di antara Stesen LRT Taman Bahagia sehingga Stesen LRT Taman Jaya. - Gambar fail/Astro AWANI/Rahimah Abdullah

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Tren terkandas punca gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya
Disebabkan kejadian itu, hanya satu landasan yang boleh digunakan di antara Stesen LRT Taman Bahagia sehingga Stesen LRT Taman Jaya.