Gabungan Persatuan dan Syarikat-syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GPST) memulakan kerjasama dengan Uber Malaysia yang menyaksikan penggunaan aplikasi Uber membabitkan teksi gabungan itu secara berperingkat bermula hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Big Blue Taxi Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata memorandum persefahaman bagi kerjasama itu akan ditandatangani hari ini yang menyaksikan 500 teksi di bawah GPST akan terlibat pada peringkat permulaan.
"Kerjasama itu dilihat satu perubahan positif untuk menyatukan industri teksi dengan Uber Malaysia.
"Operasi Uber Malaysia telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), cuma kelulusannya akan diumumkan selepas pembentangan di Parlimen," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Menurutnya kerjasama itu mampu memberi manfaat kepada pemandu teksi berikutan aplikasi teksi sebelum ini tidak mendapat sambutan dalam kalangan orang ramai disebabkan kekurangan sokongan.
"Ada aplikasi yang telah dibangunkan khas untuk teksi tempatan namun dilihat tidak berfungsi secara menyeluruh kerana ramai yang tidak tahu akan kewujudannya," kata Shamsubahrin.
Pada Oktober 2016, seramai 10,000 pemandu teksi bertindak memulangkan semula kenderaan mereka kepada syarikat pemilik permit berikutan perkhidmatan teksi konvensional menghadapai saingan sengit daripada Uber dan Grabcar.
Shamsubahrin juga mencadangkan supaya sistem e-hailing (e-panggilan) dipantau oleh SPAD secara sepenuhnya kerana dilihat gagal memberikan perkhidmatan baik kepada pelanggan dan pemandu teksi.
"Ia mendukacitakan...sistem ada tetapi tempahan tak ada, tak ada pemasaran, ada syarikat uar-uarkan sistem bagus tapi sistem tak jalan," katanya.
Pada Ogos 2016, SPAD menyarankan semua perkhidmatan teksi menggunakan sistem e-hailing (e-panggilan) seperti Uber dan Grabcar sebagai inisiatif baharu menerusi Program Transformasi Industri Teksi (TITP).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2017
SHAMSUBAHRIN: GPST memulakan kerjasama dengan Uber Malaysia yang menyaksikan penggunaan aplikasi Uber membabitkan teksi gabungan itu secara berperingkat. - Gambar fail
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Pemandu teksi sokong PH: Saya akan 'ugut' lebih lagi - Shamsubahrin
70 peratus daripada lebih 180,000 pemandu teksi di seluruh negara akan memberi undi mereka kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
Pemandu teksi anggap dianak tiri, minta enjin elektrik - Shamsubahrin
"Ibarat anak tiri," itu gambaran jelas yang dizahirkan Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail terhadap nasib yang ditanggung majoriti pemandu teksi di negara ini.
Teksi dan Uber bekerjasama guna aplikasi sama
Memorandum persefahaman bagi kerjasama itu akan ditandatangani hari ini yang menyaksikan 500 teksi di bawah GPST akan terlibat pada peringkat permulaan.