Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan menggunakan teknologi Sistem Industri Bangunan (IBS) bagi pembinaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tahun ini.
Menurut menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun, penggunaan teknologi IBS ini mampu mengurangkan kos pembinaan sehingga 18 peratus berbanding rumah konvensional.
Beliau berkata, kos pembinaan mampu dikurangkan daripada RM56,000 kepada RM45,000 dengan penggunaan teknologi IBS yang merupakan teknologi tempatan.
"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kita perlu lebih kreatif dan inovatif.
"Dengan teknologi yang ada sekarang ini, kita dapat menyediakan sebuah rumah prototaip dengan kos 18 peratus lebih rendah jika dibandingkan dengan rumah konvensional. Bukan sahaja kosnya rendah tetapi saiz dan kualiti juga dikekalkan," katanya.
Rina berkata demikian dalam majis pelancaran Prototaip Rumah IBS PPRT-Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Pusat GIATMARA Seremban pada Jumaat.
Dalam majlis itu, beliau merasmikan Prototaip Rumah IBS yang dibina oleh pelatih-pelatih di pusat giatmara itu.
Mengulas lanjut, Rina berkata sebanyak 60 peratus atau 919 daripada 1,532 buah PPRT yang dibina pada tahun ini akan menggunakan teknologi IBS.
Ianya bagi memenuhi 30,000 permohonan PPRT setiap tahun bagi membantu rakyat agar terus mendapat kemudahan rumah yang selesa dan menerima bantuan yang sewajarnya.
Kaedah IBS ialah kaedah pembinaan di mana komponen bangunan dihasilkan di kilang atau kawasan terkawal dan seterusnya diangkut dan dipasang di tapak pembinaan dengan menggunakan tenaga kerja yang minimum di tapak pembinaan.
Tempoh pembinaannya juga mampu dijimatkan sehingga empat hingga enam minggu berbanding tiga bulan secara konvensional.
PPRT IBS ini berkeluasan 660 kaki per segi dengan saiz 22 kaki x 30 kaki yang mempunyai tiga bilik dan tangki simpanan air 250 liter.
Rina berkata, melalui inisiatif ini juga, kementerian turut memperkenalkan program latihan industri pelatih-pelatih agensi di bawah kementeriannya bagi melaksanakan projek PPRT.
Jelasnya, institusi-institusi latihan ini akan berkerjasama dengan pihak kontraktor yang melaksankan projek PPRT dengan memberi latihan dan menyelia pelatih-pelatih dalam kerja-kerja pembinaan rumah PPRT.
Program ini dilihat mampu memberi nilai tambah kepada pelatih dengan kemahiran serta pengalaman sebenar di tempat kerja.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Feb 08 2019
Rina ketika melancarkan Prototaip Rumah IBS di Pusat Giat Mara Seremban pada Jumaat. - BERNAMA
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Kementerian Kecemasan Rusia pada Rabu mengumumkan penghantaran sebuah pesawat khas ke Kazakhstan untuk membawa pulang warganegara Rusia yang terselamat dalam nahas pesawat berhampiran bandar Aktau.
Menerusi kenyataan kementerian itu, pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selainperalatan perubatan penting.
Menerusi kenyataan kementerian itu, pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selainperalatan perubatan penting.
Malaysia berminat menjadi pengeluar utama WPC
Negara memiliki sumber dan kepakaran mencukupi untuk menghasilkan produk WPC berkualiti tinggi bagi memenuhi permintaan pasaran.
KKR sasar 80 peratus projek swasta capai skor IBS 70 menjelang 2025
Timbalan Menterinya Datuk Eddin Shazlee Shith berkata ia selaras dengan usaha KKR untuk menerapkan teknologi dalam proses kerja, standadisasi dan mekanisme termasuk budaya perniagaan.
Bajet bina rumah PPRT tidak cukup - Rina Harun
Permohonan diterima hampir 35,000 pada tahun 2018, PKLB hanya mampu sediakan 10,000 unit sahaja termasuk baik pulih dan bina baharu.
Biar rakyat beri penilaian saya bersama KKR - Baru Bian
Kata Baru Bian, tugas memberi penilaian bukan terletak kepadanya namun sepenuhnya kepada rakyat untuk menentukannya.
Teknologi IBS diguna untuk bina rumah PPRT
Penggunaan teknologi IBS ini mampu mengurangkan kos pembinaan sehingga 18 peratus berbanding rumah konvensional.
Lebuh Raya Pan Borneo: Saya hormat kontrak ditandatangani - Baru Bian
Tegasnya, pihaknya akan pastikan projek-projek ini siap dilaksanakan mengikut jadual.
Jangan guna IBS dengan sewenang-wenang, kata PH Sarawak
Chong Chieng Jen mendakwa kerja menaik taraf menggunakan IBS telah menyebabkan berlaku banyak kelewatan dan kerosakan jalan raya yang digunakan lori bagi mengangkut bahan IBS.
Penggunaan kaedah IBS dicadang diwajibkan dalam permohonan pelan bangunan
Mekanisme itu selaras dengan keputusan jemaah menteri 9 September 2015 yang bersetuju mewajibkan pelaksanaan penggunaan kaedah IBS bagi projek RM50 juta dan ke atas bagi projek sektor swasta.
Kerajaan cadang laksana program bantuan makanan untuk golongan miskin bandar - TPM
Kerajaan bercadang melaksanakan program bantuan makanan kepada golongan miskin bandar melibatkan pelbagai kementerian.
BDB harap kerajaan percepat proses rumah mampu milik
BDB berharap kerajaan mempercepatkan usaha menyediakan rumah mampu milik kepada pasaran dalam Bajet 2017.