Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) memiliki kemampuan menghadapi ancaman senjata nuklear, biologi dan kimia menerusi Batalion Siap Sedia Tentera Darat, kata Panglima Tentera Darat Jen Datuk Sri Zulkiple Kassim.
Katanya, batalion itu yang dilengkapi kemahiran dan logistik yang mampu beroperasi dalam suasana dicemari radioaktif ditubuhkan bagi berkhidmat di bawah misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
"Wakil PBB datang untuk membuat pemeriksaan terhadap peralatan dan kesiagaan kita untuk berkhidmat dan mereka berpuas hati.
"Pasukan ini diterima PBB serta layak diatur gerak ke luar negara," katanya pada sidang media selepas menghadiri perbarisan dan menyampaikan perutusan sempena Hari Tentera Darat ke-84 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.
Pada majlis itu, Zulkiple turut melancarkan manual kualiti standard tentera darat - MASt (Malaysian Army Standard) yang bertujuan menyeragamkan prosedur sedia ada dalam TDM sekali gus meningkatkan keberkesanan dan kecekapan.
"Ia dilancarkan pada Jun 2016 dengan tiga MASt telah dibangunkan pada masa itu. Sehingga kini 18 MASt dibangunkan. Kita percaya kesemua 18 MASt ini mampu meningkatkan budaya kualiti tentera darat ke arah kecemerlangan," katanya.
Terdahulu dalam perutusannya, Zulkiple berkata TDM kini dalam proses penjajaran semula kem-kem tentera darat yang agak padat dan akan ditempatkan di kem-kem baharu.
"Proses ini dilihat mampu untuk meningkatkan lagi moral dan produktiviti warga tentera darat dalam melaksanakan penugasan harian," katanya.
Perbarisan hari ini melibatkan 158 pegawai dan 3,629 anggota lain-lain pangkat terdiri daripada 18 ditasmen dari semua kor tentera darat termasuk pasukan elit Rejimen Gerak Khas dan 10 Briged Para.
Perbarisan diketuai oleh Panglima 3 Divisyen Mej Jen Datuk Hasagaya Abdullah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2017

ZULKIPLE: Wakil PBB datang untuk membuat pemeriksaan terhadap peralatan dan kesiagaan kita untuk berkhidmat dan mereka berpuas hati.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

TDM miliki kemampuan hadapi ancaman nuklear, biologi dan kimia - Panglima
Batalion yang dilengkapi kemahiran dan logistik serta mampu beroperasi dalam suasana dicemari radioaktif itu ditubuhkan bagi berkhidmat di bawah misi PBB.

Bauksit: Kerajaan Pahang kaji kos Adherex 120 sebelum wajibkan penggunaan
Datuk Seri Adnan Yaakob berkata jika penggunaan Adherex 120 diwajibkan kelak, ia akan menjadi antara syarat sebelum pengeluaran lesen melombong dikeluarkan.

Misteri kerlipan cahaya kunang-kunang terungkai selepas 60 tahun
Selama 60 tahun ahli saintis tidak dapat membongkar misteri tindak balas kimia yang menghasilkan lampu pada badan kunang-kunang dan satu kajian baru telah merungkai misteri kerlipan cahaya itu.