PEKAN: Beberapa cadangan sedang dikaji dalam usaha menambah baik skim perkhidmatan askar wataniah, kata Asisten Panglima Pasukan Simpanan Mej Jen Datuk Hamdan Ismail.
Beliau berkata antaranya ialah kertas cadangan penambahbaikan insentif askar wataniah dan penambahbaikan ganjaran perkhidmatan askar wataniah.
"Antara cadangan yang boleh ditambah baik ialah emolumen gaji... bagaimanapun kita sedia maklum tentang keadaan semasa ekonomi negara sekarang tetapi pasukan simpanan akan teruskan usaha ini supaya dapat direalisasikan," katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan Sambutan Ulang Tahun Askar Wataniah Ke-65 di Rejimen 505 Askar Wataniah, Kem Force 136 di sini semalam.
Pada majlis itu, Hamdan berkata seramai 37 pegawai dan 471 anggota lain-lain pangkat daripada skim penugasan sepenuh masa (kerahan) telah diberi peluang oleh Tentera Darat (TDM) untuk diserapkan ke angkatan tetap.
"Penyerapan ini tertakluk kepada kekosongan perjawatan askar tetap dan dibuat berterusan sehingga ia mencapai tahap maksima.. jadi askar wataniah dapat dlihat sebagai satu laluan untuk menyertai tentera darat," katanya.
Selain itu, Hamdan berharap penglibatan pelbagai kaum dalam askar wataniah dapat ditingkatkan supaya tidak didominasi oleh satu pihak sahaja kerana keselamatan negara merupakan tanggungjawab semua rakyat.
Katanya kesempurnaan pertahanan negara memerlukan gandingan mantap daripada semua golongan tanpa mengira keturunan, agama serta fahaman politik dan bukan tanggungjawab anggota tentera tetap sahaja.
"Kita juga berharap majikan dapat menggalakkan pekerja mereka untuk menyertai askar wataniah kerana kita melatih untuk menjadi lebih baik seperti dalam hal disiplin, ketepatan masa dan membina jati diri yang boleh diadaptasi di tempat kerja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023
Hamdan (tengah) bersama pegawai dan anggota sukarela Askar Wataniah bergambar kenangan selepas perbarisan pada sambutan Hari Ulang Tahun Askar Wataniah ke-65 di Rejimen 505 Askar Wataniah, Kem Force 136, Pekan, 18 Jun 2023. --fotoBERNAMA
Sebak anak perempuan, menantu, cucu pergi sekelip mata
Luluh hati seorang ibu selepas mendapat khabar duka anak perempuan, menantu dan tiga cucunya meninggal serentak dalam kemalangan tragis membabitkan dua kenderaan di Pekan.
Kebakaran: KPT minta pelajar Malaysia di Los Angeles kemas kini butiran diri
Semua pelajar Malaysia yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat digalak untuk mengemas kini butiran diri dan pengajian melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U.
Rexy tegur sikap pemain perseorangan wanita merugut, beri alasan
Pasukan perseorangan wanita negara terus dicengkam kesuraman berpanjangan dan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky sukar untuk menyembunyikan penilaiannya terhadap pemain.
Gadis hilang sejak Jumaat lalu ditemui selamat di masjid
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu berjaya ditemui selamat di sebuah masjid di Ampang Jaya, awal pagi tadi.
Polis kesan lelaki Myanmar disyaki tetak rakan
Polis sedang mengesan seorang lelaki Myanmar yang dipercayai menetak rakan senegaranya sehingga cedera parah di sebuah ladang sawit di Jalan Sungai Kechil, Nibong Tebal pada 10 Januari lepas.
[TERKINI] Polis menahan pengasuh Taska dipercayai kaitan kematian bayi lelaki
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Akmalrizal Radzi bagaimanapun berkata wanita warga tempatan berusia awal 30-an itu telah dilepaskan dengan jaminan polis.
Jangan sentuh ubur-ubur api terdampar
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak menyentuh kehadiran ratusan ubur-ubur api yang kini terdampar di Pantai Rhu Muda, Marang.
Air pasang besar sebabkan penduduk terpaksa pindah
Fenomena air pasang besar mengakibatkan 16 mangsa membabitkan lima keluarga di Kemaman, Terengganu terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Penduduk terjejas di Johor catat 3,455 orang
Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor menurun ke 3,455 orang berbanding 3,471 orang, pagi tadi.
Protes antiperang, penunjuk perasaan Israel bertempur dengan polis
Puluhan penunjuk perasaan Israel bertempur dengan anggota polis dalam protes antiperang di Tel Aviv pada Sabtu.
Anggota Tentera Darat ditemukan lemas di Tasik Empangan Linggiu
Mangsa dijumpai oleh unit skuba pada kedalaman 13 meter dengan kedudukan kira-kira tujuh meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
PRU15: Tentera Darat nafi kenyataan tular
TDM menafikan kenyataan yang tular di media sosial kononnya PTD membenarkan Menteri Kanan Pertahanan untuk berkempen di mana-mana kem tentera darat.
TikTok tular: Askar lakukan pendaratan payung terjun video lama
Penerjunan itu dilakukan ketika eksesais yang diadakan di Medan, Indonesia pada 7 hingga 12 Jun 2013.
TDM bina jambatan sementara ke SJSM
Jambatan 'Compact Bailey 200' itu sangat penting sebagai laluan pekerja TNB ke SJSM yang kini terpaksa menggunakan bot.
TDM pantau warga bermasalah elak jejas penugasan - PTD
Nasihat dan sesi bimbingan kaunseling juga dijalankan bagi memastikan pegawai dan anggota TDM sentiasa berada dalam keadaan baik sama ada dari aspek fizikal, mental dan rohaniah.
Tarantula, kenderaan berperisai mobiliti tinggi pertama negara
Kereta perisai ini telah melalui pelbagai ujian dari pasukan Tentera Darat serta Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi, Kementerian Pertahanan.
Pengambilan perajurit muda Tentera Darat tidak dikurangkan
Jumlah pengambilan perajurit muda tidak akan dikurangkan meskipun negara sedang berdepan pandemik COVID-19, kata Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zamrose Mohd Zain.
Tentera Darat dan PDRM bekerjasama sekat kegiatan Daish
Tentera Darat turut terbabit dalam usaha membanteras kegiatan pengganas Daesh di negara ini walaupun tidak secara langsung.
Dakwaan anggota tentera terbunuh hanya taktik musuh - Panglima Tentera Darat
Panglima Tentera Darat Malaysia hari ini berkata laporan media Filipina tentang lapan anggota keselamatan negara terbunuh, hanyalah taktik untuk lihat reaksi Malaysia.
Lembaga Siasatan Dalaman TDM ditubuh siasat insiden tentera ditembak di sempadan
Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menubuhkan sebuah Lembaga Siasatan Dalaman bagi menyiasat secara terperinci insiden anggotanya yang cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini.