Jumlah pengambilan perajurit muda tidak akan dikurangkan meskipun negara sedang berdepan pandemik COVID-19, kata Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Zamrose Mohd Zain.
Bagaimanapun, beliau berkata bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) termasuk aspek penjarakan sosial di bilik penginapan dipatuhi, siri pengambilan dikurangkan daripada empat siri setahun kepada dua siri.
"Tiada pengurangan pengambilan perajurit muda dan ia masih kekal 2,000 orang bagi setiap siri pengambilan.
"Namun, kali ini kemasukan bagi siri kedua hanya dibuat pada Ogos depan. Kami habiskan dahulu tempoh latihan selama enam bulan untuk satu siri kemasukan kemudian barulah akan ada kemasukan siri baharu," katanya kepada pemberita selepas acara Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Darat Diraja Malaysia Lelaki Siri 191/19 di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Zamrose berkata acara perbarisan tamat latihan yang melibatkan 1,782 perajurit muda hari ini diadakan dalam kelaziman baharu dengan setiap anggota perbarisan memakai penutup mulut bercorak celoreng selain jarak anggota yang berbaris lebih jauh berbanding biasa.
Tambahnya, buat pertama kali, ahli keluarga anggota juga tidak dibenarkan hadir dan hanya melihat acara perbarisan yang dibahagikan kepada dua sesi melibatkan 891 anggota bagi setiap sesi itu, menerusi live streaming di media sosial.
"Acara ini merupakan tanda kenangan kepada mereka sebaik sahaja tamat latihan, sebab itu kami cuba sebaik mungkin mengadakan acara ini dengan mematuhi SOP ditetapkan," katanya.
Kesemua perajurit muda lelaki itu menamatkan latihan asas ketenteraan selepas menjalani latihan selama enam bulan yang bermula pada 22 Nov tahun lepas.
Pada acara itu, Muhamad Azumi Ibrahim, 21, dari Kamunting, Perak dianugerahkan Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik manakala Perajurit Muda Kawad Terbaik dinobatkan kepada Muhaymin Kadir Abd Min, 22, dari Semporna, Sabah.
Ijmal Aminy Mohamed Said, 23, dari Kuala Kangsar, Perak pula menerima anugerah Perajurit Muda Akademik Terbaik; Mohammad Noor Azrulhady Mohd Noor Azman, 20, dari Pasir Puteh, Kelantan (Perajurit Muda Kecergasan Jasmani Terbaik) dan Mohammad Ikhmal Jafpree, 24, dari Batu Pahat, Johor (Perajurit Muda Penembak Terbaik).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 04 2020

Acara perbarisan yang dibahagikan kepada dua sesi itu disiarkan secara live streaming di media sosial. -Bernama

Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.

9 orang dimasukkan ke hospital di Singapura akibat penggunaan modafinil, armodafinil
Sembilan individu dimasukkan ke hospital di Singapura dalam tempoh setahun sejak Februari 2024 akibat reaksi kulit serius selepas mengambil modafinil atau armodafinil.
Tumpuan Selasa – 11 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Kertas cadangan autonomi tambahan C4P dikemukakan kepada JPA pada Mei
Kementerian Kesihatan kini berada di peringkat akhir dalam penyediaan kertas cadangan bagi memberikan autonomi tambahan kepada Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (C4P).
AWANI Tonight 10 March 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Overseas-born children of M’sian mothers now eligible for citizenship
2. Retirement: Securing a better future beyond EPF dividends
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Overseas-born children of M’sian mothers now eligible for citizenship
2. Retirement: Securing a better future beyond EPF dividends
#AWANIEnglish #AWANINews

Sabah Maju Jaya: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
10 Berita Pilihan - (10 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lapan syarikat akan fail rayuan berhubung penalti RM92.8 juta
Ia berhubung penalti berjumlah RM92.8 juta yang dikenakan terhadap syarikat berkenaan atas dakwaan terbabit dalam kartel tipuan bida tender terbuka.

Seorang lagi mangsa kemalangan babitkan Honda Jazz meninggal dunia
Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Senawang 1 Khamis lalu disahkan meninggal dunia pada Isnin.

Pengawal keselamatan dilanggar kereta ketika leraikan pergaduhan
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.

ATM laksanakan pengurusan persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
ATM akan melaksanakan pelbagai langkah bagi mengurus persepsi orang ramai susulan tanggapan tidak tepat yang sering dilemparkan terhadap pasukan keselamatan itu.

Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.

Mohd Nizam dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.

Pelarasan pencen susulan SSPA: Veteran boleh hubungi JHEV jika ada persoalan
Veteran ATM yang mempunyai persoalan mengenai kiraan pencen susulan pelaksanaan SSPA boleh berhubung dengan JHEV ATM untuk penerangan.

MRO Aset, Kementerian Pertahanan kaji penggunaan pencetakan 3D
Kementerian Pertahanan sedang mengkaji penggunaan kaedah pencetakan 3D dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aset ketenteraan di seluruh negara.

JHEV lulus RM6.19 juta bina, baik pulih rumah veteran ATM setakat November
Ia termasuk 53 permohonan bina baharu dan 209 permohonan baik pulih rumah termasuk lima permohonan baharu dan lapan baik pulih di Johor.

TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"

Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.