KOTA KINABALU: Tawaran yang lebih baik untuk Sabah dan Sarawak sedang dibincang dengan kerajaan melalui Jawatankuasa Perundingan Bersama (JCC) mengenai Geran Khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Ongkili berkata JCC itu, yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Datuk Tengku Zafrul Abdul Aziz, dijangka bermesyuarat secepat mungkin bagi membincangkan isu itu dengan lebih lanjut.
Beliau berkata semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), semakan kewangan dan geran tahunan di bawah Perkara 112D serta pembayaran balik 40 peratus pendapatan dan hasil yang diperoleh dari Sabah telah diselesaikan namun kerajaan negeri menolak tawaran itu kerana formula PH tidak menjelaskan bagaimana mereka memperoleh jumlah itu.
"Sarawak turut menolak formula PH atas alasan yang sama. Kedua-dua negeri ingin tahu bagaimana formula itu diperoleh dan sama ada ia menggambarkan jumlah yang betul untuk apa yang harus dibayar kepada Sabah serta Sarawak.
"Sabah mahupun Sarawak juga inginkan satu formula yang telus, selaras dengan apa yang seharusnya dibayar kepada kedua-dua negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan," menurut Ongkili dalam kenyataan malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 22 2021

Datuk Seri Maximus Ongkili berkata JCC itu, yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Datuk Tengku Zafrul Abdul Aziz, dijangka bermesyuarat secepat mungkin bagi membincangkan isu itu dengan lebih lanjut. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Tawaran lebih baik untuk Sabah, Sarawak selepas mesyuarat JCC - Ongkili
Tawaran yang lebih baik untuk Sabah dan Sarawak sedang dibincang dengan kerajaan melalui Jawatankuasa Perundingan Bersama (JCC) mengenai Geran Khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Polis Indonesia rampas buku berlogo komunis terbitan syarikat Malaysia
Polis Indonesia merampas enam buah buku terbitan syarikat Thukul Cetak yang bertajuk Manifesto Komunis-Karl Marx & Friedrik Engels'.