Tatacara baharu bagi pertimbangan pelan, garis panduan tambahan dan perubahan pada rumah kediaman akan mula dilaksanakan Jumaat depan (13 Mac), kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.
Katanya semua permohonan pembangunan rumah kediaman yang diterima oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada atau selepas tarikh tersebut akan diproses mengikut tatacara baharu itu.
"Bagi pemilik rumah yang telah membina rumah tanpa memperoleh kelulusan secara bertulis melalui Pusat Khidmat Setempat (OSC) diingatkan supaya mengemukakan pelan untuk penyelarasan dan kelulusan sebelum 30 Jun tahun ini.
"Ini bagi mengelakkan mereka dikenakan notis dan tindakan oleh pihak berkuasa DBKL jika tiada kelulusan," katanya ketika berucap merasmikan 'Sesi Pandangan Awam: Tatacara Baharu Perimbangan Pelan dan Garis Panduan Tambahan dan Perubahan Pada Rumah Kediaman' di Institut Latihan DBKL, di sini, hari ini.
Sesi pandangan awam itu diadakan bagi memperkenalkan satu penambahbaikan yang bertujuan memberikan kelonggaran yang lebih banyak dari segi anjakan khususnya untuk rumah teres satu tingkat, dua tingkat dan tiga tingkat di atas lot bersaiz tidak lebih daripada 18 kaki lebar dan 65 kaki panjang di Kuala Lumpur.
Ahmad Phesal berkata tatacara itu tidak diguna pakai untuk kediaman jenis rumah bandar, rumah kluster, rumah berkembar, rumah banglo atau rumah kediaman di bawah hak milik berstrata.
Katanya pelaksanaan tatacara baharu itu akan memberi kebaikan bukan sahaja kepada DBKL, bahkan kepada pemilik dan pihak berkepentingan yang terlibat.
"Antara kebaikan adalah mempercepatkan proses pertimbangan dan pengeluaran keputusan (berhubung perubahan rumah) selain dapat membasmi gejala orang tengah dan rasuah kerana kriteria penilaian pembangunan, tarikh mesyuarat dan keputusan boleh diketahui secara terus," katanya.
Proses kelulusan yang cepat secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya pembinaan tanpa kebenaran di tapak, katanya.
Timbalan Pengarah Jabatan Reka Bentuk Bandar dan Bangunan DBKL, Tumiran Sumari berkata pemilik rumah yang ingkar dengan arahan baharu tatacara itu akan didenda, namun jumlah kompaun atau jenis denda yang akan dikenakan masih dalam perbincangan.
Bernama
Fri Mar 06 2015

Tatacara baharu bagi pertimbangan pelan, garis panduan tambahan dan perubahan pada rumah kediaman akan mula dilaksanakan 13 Mac. - Gambar Fail

Ibu tunggal miskin tegar di Permatang Pasir terima bantuan daripada PM Anwar
Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang tergolong dalam kategori miskin tegar di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir, Pulau Pinang.

59.3 peratus murid Tahun Satu kuasai kemahiran 3M
Sebanyak 59.3 peratus daripada 122,062 murid tahun satu dikenal pasti menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) sepanjang tahun lepas.

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir melalui BSN tahun ini - Ahmad Zahid
NADMA telah berunding dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengenai kaedah penyaluran agihan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir, yang akan dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.

LKAN: Jumlah bayaran balik PTPTN RM3.553 bilion daripada tunggakan RM10.853 bilion
Jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN yang diterima pada 2023 adalah RM3.553 bilion atau 32.7 peratus daripada jumlah tunggakan.

LKAN: Individu bertanggungjawab atas kerugian anak syarikat agensi kerajaan perlu dikena tindakan - MCW
MCW berpendapat tahap ketelusan pelaporan kewangan anak-anak syarikat kerajaan masih pada tahap rendah.

SME Corp belanja melebihi peruntukan diterima - Laporan Audit
SME Corp membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit sejumlah RM7.96 juta.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen, langkah terbaik reformasi institusi
Sejauh mana pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dilihat sebagai langkah berkesan ke arah mereformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi seperti parlimen?
Keanggotaan penuh ASEAN mungkin dicapai hujung tahun ini
Timor-Leste mungkin menjadi anggota ASEAN menjelang hujung tahun ini.
PM ke Vietnam esok, pengukuhan ASEAN agenda utama
Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu, di mana beliau akan memberikan penekanan terhadap usaha memperkukuhkan ASEAN dalam mendepani beberapa isu penting ketika ini.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

DBKL perlu kaji semula pengasas sebenar Kuala Lumpur - Ahmad Phesal
Penilaian perlu berikutan lahirnya buku bertajuk 'Sutan Puasa: Founder of Kuala Lumpur' oleh Abdur Razzaq Lubis yang mengemukakan fakta bahawa Sutan Puasa adalah pengasas Kuala Lumpur.

Tourism Malaysia lancar buku 'Discover Malaysia By Bicycle Guidebook'
Dalam usaha meningkatkan promosi pelancongan berbasikal, Tourism Malaysia melancarkan buku panduan 'Discover Malaysia By Bicycle Guidebook'.

Salah guna laluan basikal bakal berdepan tindakan, kereta ditunda
Orang ramai yang menyalahgunakan laluan khas basikal akan dikenakan tindakan penguatkuasaan termasuk kenderaan ditunda.

Laluan khas basikal pertama di ibu kota kini dibuka
Laluan khas basikal yang pertama di Kuala Lumpur sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka ke Mid Valley, Bangsar, kini dibuka untuk kegunaan orang ramai.

Penggunaan styrofoam di kawasan Dataran Merdeka akan diharamkan
DBKL akan haramkan penggunaan bekas makanan styrofoam di kawasan Dataran Merdeka dalam usaha mewujudkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya hijau.

Tatacara baharu perumahan dilaksanakan mulai 13 Mac - DBKL
Tatacara baharu bagi pertimbangan pelan, garis panduan tambahan dan perubahan pada rumah kediaman akan mula dilaksanakan Jumaat depan (13 Mac).

DBKL peruntuk RM2.44 bilion untuk Bajet 2015
Dewan Bandaraya Kuala lumpur memperuntukkan RM2.44 bilion untuk Bajet 2015 dengan RM1.63 bilion bagi mengurus dan RM812.54 juta untuk pembangunan.

DBKL kaji semula kadar lesen perniagaan di ibu kota
Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata langkah itu bertujuan mengkaji semula margin antara kadar sewa yang ditetapkan DBKL dengan anggaran pendapatan yang mampu diraih peniaga berkenaan.

Lima tempat di KL untuk orang ramai menjamu selera
Lima tempat popular di bandar raya ini telah dipilih untuk pelancong dan orang ramai mencuba pelbagai jenis makanan tempatan.

Puasa bukan halangan 'KL Pagi bebas kenderaan' - Datuk Bandar KL
Seramai 30 peratus daripada 3,000 peserta kempen "Pagi Bebas Kenderaan" anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupakan umat Islam.