Laluan khas basikal yang pertama di Kuala Lumpur sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka ke Mid Valley, Bangsar, kini dibuka untuk kegunaan orang ramai.
Perasmian laluan tersebut disempurnakan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib yang berbasikal menyusuri laluan tersebut bermula di Mid Valley bersama penunggang lain pada pagi Selasa.
“Saya berharap laluan basikal ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak disalahgunakan,” kata Ahmad Phesal dalam sidang media pelancaran laluan khas tersebut di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pembangunan laluan khas menyusuri Sungai Klang, Brickfields, pekarangan Kompleks Dayabumi dan seterusnya Lebuh Pasar Besar itu dimulakan pada 2013 dan menelan belanja sekitar RM700,000.
Langkah ini bertujuan menggalakkan penggunaan basikal sebagai mod pengangkutan alternatif bagi mengurangkan jumlah kenderaan yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas setiap hari, selain usaha mengurangkan kadar pencemaran di Kuala Lumpur.
Selain itu, ia dapat menyemarakkan budaya berbasikal dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya yang tinggal di ibu kota, sejajar pelaksanaan Fit Malaysia dalam membentuk negara yang lebih sihat dan cergas.
Sementara itu, dalam sidang media pada majlis tersebut, Ahmad Phesal berkata dua lagi projek laluan basikal akan menyusul, iaitu laluan dari Wangsa Maju ke Taman Melati sepanjang empat kilometer dan Wangsa Maju ke Taman Batu Muda sepanjang dua kilometer yang melibatkan kos pembangunan sekitar RM2.3 juta.
“Selain itu kami sedang memikirkan untuk membangunkan satu lagi projek seumpamanya di kawasan sepanjang Sungai Bunus. Kalau ia dapat diselaraskan dan diperluaskan sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan ‘Greater KL’, apa salahnya.”
Projek laluan basikal ini merupakan sebahagian pakej pelancongan ibu negara dalam memperkenal Kuala Lumpur sebagai bandar raya pesat membangun yang turut mempromosikan budaya sihat.
Bagaimanapun, Ahmad Phesal berkata laluan khas basikal Mid Valley-Dataran Merdeka itu masih terdapat banyak kekurangan yang perlu ditambah baik.
Untuk itu, beberapa cadangan penambahbaikan seperti penggunaan lampu solar dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) untuk tujuan keselamatan selain pembangunan landskap di sepanjang laluan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.
Anggota peronda DBKL juga akan ditugaskan mengawal lalu lintas serta keselamatan penunggang yang menggunakan laluan tersebut.
“Kita akan menambah lagi kekuatan anggota berserta aset rondaan. Ketika ini DBKL memiliki unit peronda basikal dengan kekuatan seramai 20 orang anggota, dan 40 basikal akan ditambah dalam masa terdekat,” katanya.
Israr Khalid
Tue Apr 14 2015
Laluan khas basikal pertama di Kuala Lumpur sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka ke Mid Valley, Bangsar, kini dibuka kepada umum. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Berbaki dua hari lagi, timbul isu hangat apabila terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA), Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
DBKL perlu kaji semula pengasas sebenar Kuala Lumpur - Ahmad Phesal
Penilaian perlu berikutan lahirnya buku bertajuk 'Sutan Puasa: Founder of Kuala Lumpur' oleh Abdur Razzaq Lubis yang mengemukakan fakta bahawa Sutan Puasa adalah pengasas Kuala Lumpur.
Tourism Malaysia lancar buku 'Discover Malaysia By Bicycle Guidebook'
Dalam usaha meningkatkan promosi pelancongan berbasikal, Tourism Malaysia melancarkan buku panduan 'Discover Malaysia By Bicycle Guidebook'.
Salah guna laluan basikal bakal berdepan tindakan, kereta ditunda
Orang ramai yang menyalahgunakan laluan khas basikal akan dikenakan tindakan penguatkuasaan termasuk kenderaan ditunda.
Laluan khas basikal pertama di ibu kota kini dibuka
Laluan khas basikal yang pertama di Kuala Lumpur sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka ke Mid Valley, Bangsar, kini dibuka untuk kegunaan orang ramai.
Penggunaan styrofoam di kawasan Dataran Merdeka akan diharamkan
DBKL akan haramkan penggunaan bekas makanan styrofoam di kawasan Dataran Merdeka dalam usaha mewujudkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya hijau.
Tatacara baharu perumahan dilaksanakan mulai 13 Mac - DBKL
Tatacara baharu bagi pertimbangan pelan, garis panduan tambahan dan perubahan pada rumah kediaman akan mula dilaksanakan Jumaat depan (13 Mac).
DBKL peruntuk RM2.44 bilion untuk Bajet 2015
Dewan Bandaraya Kuala lumpur memperuntukkan RM2.44 bilion untuk Bajet 2015 dengan RM1.63 bilion bagi mengurus dan RM812.54 juta untuk pembangunan.
DBKL kaji semula kadar lesen perniagaan di ibu kota
Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata langkah itu bertujuan mengkaji semula margin antara kadar sewa yang ditetapkan DBKL dengan anggaran pendapatan yang mampu diraih peniaga berkenaan.
Lima tempat di KL untuk orang ramai menjamu selera
Lima tempat popular di bandar raya ini telah dipilih untuk pelancong dan orang ramai mencuba pelbagai jenis makanan tempatan.
Puasa bukan halangan 'KL Pagi bebas kenderaan' - Datuk Bandar KL
Seramai 30 peratus daripada 3,000 peserta kempen "Pagi Bebas Kenderaan" anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupakan umat Islam.