Inkues untuk menentukan punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun, William Yau Zhen Zhong akan disebut buat pertama kalinya Isnin minggu depan.
Koroner bagi sebutan tersebut, seorang majistret dari mahkamah Petaling Jaya, akan menjalankan prosiding siasatan.
Beliau juga akan menentukan tarikh bermulanya kes tersebut didengar.
Ketua polis daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata tiada lagi persediaan yang diperlukan bagi pihaknya dan senarai 54 orang saksi telahpun siap.
“Koroner mungkin tidak akan memanggil kesemua saksi. Mereka termasuk individu yang ada kaitan dengan kes itu termasuk ibu bapa si mati, saudara-maranya, pegawai polis termasuk pegawai penyiasat, pasukan forensik, dan doktor, " kata Yahaya.
Ditanya samada beliau yakin bahawa inkues itu dapat menentukan punca sebenar kematian kanak-kanak itu, beliau berkata, “Saya rasa mahkamah akan (dapat) tentukan.”
Pada Jan 16, William Yau, enam tahun telah hilang di sekitar Putra Heights, Subang Jaya ketika ibunya singgah di sebuah kedai barangan elektrik.
Mayat kanak-kanak itu kemudiannya ditemui berhampiran jeti Kampung Sungai Sireh di Pelabuhan Klang.
Siasatan ke atas kematian telah dijalankan lebih dua minggu, namun gagal mendapatkan sebarang bukti yang sahih.
Teoh El Sen
Tue Feb 19 2013
Maduro seru demonstrasi menjelang angkat sumpah 10 Januari
Seruan itu hadir di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin memuncak di Venezuela.
Nahas Jeju Air: Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang berada di dalam nahas Jeju Air 7C2216.
Yoon gagal hadir kali ketiga bagi soal siasat
CIO dijangka memohon waran tangkap terhadap Yoon Suk Yeol, langkah yang belum pernah dilakukan terhadap seorang presiden yang masih berkhidmat.
Seorang maut, seorang cedera pesawat ringan terhempas di timur Australia
Polis NSW memaklumkan bahawa juruterbang pesawat meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pemandu bas persiaran didenda RM6,000 rosakkan kereta warga Taiwan
Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan, serta turut diperintahkan ke atasnya penjara setahun sekiranya gagal membayar denda.
Squid Game: Pengarah 'umpan' penonton, musim ketiga janji kejutan
Dong-hyuk berjanji bahawa musim akan datang akan terus mencabar pelakon dan penonton dengan dilema dan kelainan.
Dua anggota tentera mengaku tidak bersalah rogol kanak-kanak
Mahadi dan Muhamad Aizat Hakim mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
UK gesa siasatan nahas pesawat Azerbaijan Airlines susulan permohonan maaf Putin
United Kingdom (UK) menyeru siasatan bebas berhubung nahas pesawat Azerbaijan Airlines yang dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia, lapor agensi berita Jerman.
Menteri Korea Selatan mohon maaf, arah siasatan segera
Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan, Park Sang-woo memaklumkan Kerajaan akan menggerakkan segala sumber dalam memastikan operasi menyelamat dijalankan dengan pantas.
Jeju Air mohon maaf, akan beri kerjasama lengkapkan siasatan
Syarikat penerbangan tambang murah Jeju Air memohon maaf atas insiden nahas membabitkan pesawat miliknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada Ahad.
Tarikh inkues William Yau akan ditentukan koroner - Polis
Inkues untuk menentukan punca kematian William Yau Zhen Zhong akan disebut pertama kali Isnin minggu depan.