SHAH ALAM: Isu penarikan balik tauliah mengajar agama Islam melibatkan penceramah Ustaz Abdullah Khairi Haroon dibuat berdasarkan keputusan Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan berkata titah tersebut berhubung larangan pemberian tauliah mengajar agama Islam kepada mana-mana aktivis politik.
Abdul Aziz berkata tindakan penarikan balik tauliah tersebut dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 dan pemegang tauliah yang terkesan diberi ruang untuk membuat rayuan kepada MAIS.
"MAIS menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan isu penarikan balik tauliah mengajar agama Islam dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik.
"Ini kerana ia dikhuatiri boleh disalahgunakan untuk kepentingan mana-mana parti politik yang akhirnya akan membawa kepada fitnah, perselisihan dan perpecahan umat Islam di Selangor serta mencemarkan agama Islam," katanya.
Media sebelum ini melaporkan bahawa MAIS menarik balik tauliah mengajar agama Islam yang diberikan kepada pendakwah Ustaz Abdullah Khairi berkuat kuasa pada 27 Sept lalu menerusi perkongsian di media sosial penceramah itu pada 5 Okt lepas.
Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 5 Okt lepas yang memutuskan pembatalan penarikan balik tauliah mengajar agama Islam terhadap penceramah Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani yang telah dikeluarkan oleh MAIS.
Katanya keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu adalah berdasarkan alasan ketidakpatuhan prosedur semasa proses penarikan balik tauliah dibuat.
"Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam ini sama sekali tidak menyentuh dan tidak mempersoalkan penarikan balik tauliah atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik.
"Justeru, titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ini masih berkuat kuasa di negeri Selangor," katanya.
Abdul Aziz menegaskan keputusan MAIS untuk menarik balik tauliah mengajar agama Islam terhadap Ahmad Dusuki itu dibuat selaras dengan titah Sultan Selangor berdasarkan maklumat tentang status keaktifannya dalam parti politik termasuk tapisan keselamatan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia.
"MAIS memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam tersebut atas alasan, antara lain, rayuan yang difailkan ini hanya bersifat akademik semata-mata kerana tempoh tauliah mengajar agama Islam Ustaz Ahmad Dusuki telah tamat pada 30 Jun lalu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
MAIS menarik balik tauliah mengajar agama Islam yang diberikan kepada pendakwah Ustaz Abdullah Khairi berkuat kuasa pada 27 Sept lalu. - Foto Facebook/Muhammad Al Faqih
Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS
Setakat 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5010/5100 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5055/5100 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Kewangan Tabung Haji dan Kaedah Rule of 78: Implikasi ekonomi dan sosial
Gabungan dua isu utama tentang keberkesanan subsidi haji Tabung Haji dan pemansuhan Rule of 78 dalam pembiayaan. Bagaimana dasar ini mencorakkan sosioekonomi, kestabilan kewangan pengguna, dan inovasi kewangan? Analisis mendalam tentang langkah strategik untuk meningkatkan daya tahan kewangan institusi dan memupuk keharmonian sosial.
Google Maps rungkai kes bunuh setahun lalu
Siasatan polis berdasarkan petunjuk Google Maps itu akhirnya menemukan mayat yang sudah mereput di sebuah tanah perkuburan, awal bulan lalu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Disember 2024]
Fokus AWANI Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
- Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
- KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun - Dzulkefly
#AWANIpagi #AWANInews
- Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
- Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
- KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun - Dzulkefly
#AWANIpagi #AWANInews
Anggota polis dikhuatiri lemas ditemukan meninggal dunia
Mayat Koperal Muhammad Taufik Sayuti, 39, ditemui pada jam 4.55 pagi tadi selepas operasi mencari dan menyelamat digerakkan.
Liverpool langgar habis Tottenham di London
Gol Liverpool dijelmakan Luis Diaz (m-23, m-85), Mohamed Salah (m-45, m-61), Alexis Mac Allister (m-36), dan Dominik Szoboszlai (m-46).
Apple bangunkan loceng pintu pintar dilengkapi pengecaman wajah
Apple dilaporkan sedang membangunkan loceng pintu pintar yang hadir dilengkapi dengan sokongan pengecaman wajah seumpama Face ID.
Polis temukan mayat lelaki tanpa pengenalan diri di Perak
Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan orang awam di Sungai Kampung Punti, Padang Ampang dekat Kuala Kangsar pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun dalam satu kenyataan berkata pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa didapati tidak menunjukkan kesan kecederaan lain secara fizikal, yang boleh menjerumuskan kepada unsur-unsur jenayah.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun dalam satu kenyataan berkata pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa didapati tidak menunjukkan kesan kecederaan lain secara fizikal, yang boleh menjerumuskan kepada unsur-unsur jenayah.
Thailand masih menaruh keyakinan tinggi kepada Malaysia
Pihak berkuasa Thailand masih belum berputus asa sebaliknya menaruh keyakinan terhadap Malaysia untuk terus berperanan sebagai fasilitator dalam rundingan damai Selatan Thailand membabitkan pihak tentera dan kumpulan pemisah.
Pihak berkuasa Thailand jamin jaga keselamatan pelancong Malaysia
Komander Tentera Bahagian Keempat Thailand, Leftenan Jeneral Paisan Nusang beri jaminan bahawa rakyat Malaysia tidak perlu terlalu bimbang mengenai keselamatan mereka ketika melancong ke Thailand kerana pihak berkuasa negara ini memastikan keselamatan mereka terjamin.
Tarik balik tauliah Abdullah Khairi selaras titah Sultan Selangor - MAIS
Titah tersebut berhubung larangan pemberian tauliah mengajar agama Islam kepada mana-mana aktivis politik.