PUTRAJAYA: Tarif bagi perkhidmatan pembetungan bersambung dan mengosongkan tangki septik untuk kategori domestik akan diselaraskan masing-masing bermula 1 Jan 2023 dan 1 Okt ini.
Mengumumkan perkara itu, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memaklumkan persetujuan pelarasan tarif bagi perkhidmatan pembetungan bersambung dan mengosongkan tangki septik itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 April lepas.
"Pelarasan tarif ini akan melibatkan peningkatan antara RM5 hingga RM8 sebulan bagi perkhidmatan mengosongkan untuk premis yang memiliki tangki septik berkuat kuasa 1 Okt 2022. Bagi perkhidmatan bersambung pula akan mengalami peningkatan kecil sebanyak RM2 sebulan berkuat kuasa 1 Jan 2023," menurut KASA dalam kenyataan hari ini.
Bagi meringankan beban rakyat, bantuan bersasar disediakan melalui pemberian rebat kepada golongan yang berdaftar dengan program E-Kasih.
KASA memaklumkan purata kos sebulan bagi menyediakan perkhidmatan pembetungan bersambung adalah RM17 berbanding kadar tarif semasa iaitu antara RM2 hingga RM8, manakala kos sebenar perkhidmatan mengosongkan tangki septik pula adalah RM22 sebulan berbanding kadar tarif semasa antara RM2 hingga RM6 sebulan.
"Kadar tarif ini juga adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan tarif perkhidmatan utiliti lain seperti bekalan elektrik, telekomunikasi dan internet jalur lebar," menurut kenyataan itu.
Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) adalah syarikat pembetungan nasional yang menyediakan perkhidmatan pembetungan bersambung serta mengosongkan tangki septik individu, selain memastikan loji rawatan kumbahan (LRK) awam dan aset pembetungan negara beroperasi serta diselenggara dengan baik bagi mengurangkan risiko pencemaran ke atas alam sekitar dan seterusnya kesihatan awam terjamin.
KASA memaklumkan sejak perkhidmatan pembetungan diambil alih oleh IWK pada 1994 iaitu 28 tahun lepas, tarif pembetungan tidak pernah disemak dan telah menjejaskan aliran tunai IWK menyebabkan pendapatan tidak dapat menanggung kos operasi yang semakin meningkat setiap tahun.
"Hal ini telah menjejaskan kemampanan sektor pembetungan negara secara keseluruhannya. Pelarasan kadar tarif perkhidmatan pembetungan adalah penting bagi memastikan industri perkhidmatan pembetungan yang mapan.
"Langkah ini akan membolehkan IWK memberikan tahap perkhidmatan yang efektif dan efisien. Kedudukan kewangan yang semakin mantap membolehkan IWK membiayai kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih, selain kos operasi harian," menurut KASA.
KASA yakin pengalaman dan kepakaran dimiliki IWK dapat memastikan pengurusan operasi dan penyelenggaraan aset pembetungan lebih sistematik dan pematuhan efluen terawat mengikut piawaian ditetapkan.
"Ia sekali gus mengurangkan pencemaran kumbahan ke atas sumber air serta menyokong kelestarian alam sekitar," menurut KASA.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2022

Pelarasan tarif ini akan melibatkan peningkatan antara RM5 hingga RM8 sebulan bagi perkhidmatan mengosongkan untuk premis yang memiliki tangki septik berkuat kuasa 1 Okt 2022. - Foto fail/IWK

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.

Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.

Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA
Risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport Malaysia, khususnya semikonduktor adalah minimum.

Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli
Trump turut menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tarif ke atas kereta, cip semikonduktor dan farmaseutikal.

Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.

China fail aduan kepada WTO terhadap kenaikan tarif AS
Tindakan AS mengenakan tarif tambahan ke atas produk China dilihat melanggar peraturan WTO secara serius.

London sedia tindakan balas jika AS kenakan tarif ke atas produk Britain - Laporan
United Kingdom sedang mempersiapkan tindakan balas sekiranya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenakan tarif ke atas produk-produk Britain.