JOHOR BAHRU: Tapak pelupusan sampah di Pekan Nanas, Pontian dan Jemaluang, Mersing yang menjangkau lebih 25 tahun dijangka hanya mampu bertahan untuk tempoh tiga tahun lagi berikutan penggunaan tanah yang hampir mencapai maksimum.
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Johor Cairul Hisham Jalaluddin berkata pelbagai langkah dilaksanakan bagi memanjangkan jangka hayat dan mengurangkan penggunaan tanah di kedua-dua tapak berkenaan termasuk membangunkan kemudahan baharu yang dapat menukar sisa buangan kepada tenaga.
"Walaupun tempoh jangka hayat bagi dua tapak pelupusan sampah berkenaan dijangka sehingga 2024, namun ia belum mencapai tahap kritikal dan masih boleh diuruskan dengan baik.
"Malah kini SWCorp sedang rancak melaksanakan Kempen Pengasingan Sisa Di Punca (SAS) yang merupakan antara cara mengurangkan sisa pepejal yang dijanakan di rumah daripada dihantar terus ke tapak pelupusan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama-sama rakan media di sini malam tadi.
Sementara itu, beliau berkata tapak pelupusan sampah baharu di Bukit Payung, Batu Pahat yang dibina di tanah seluas 42.18 hektar dijangka beroperasi menjelang suku ketiga tahun ini, selain SWCorp merancang untuk membuka dua lagi pusat pemindahan sampah di Pontian dan Muar.
Johor mempunyai lapan tapak pelupusan sampah iaitu Pekan Nanas, Jemaluang, Batu Empat, Buloh Kasap, Moakil, Seelong, Tanjung Langsat dan Bandar Penawar.
Sementara itu, Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata seramai 4,586 kakitangan syarikat konsesi sisa pepejal dan pembersihan awam itu akan bertugas mengutip sampah mengikut jadual bermula 8 hingga 15 Mei ini.
Menurut beliau operasi pengutipan sampah membabitkan 907 jentera pelbagai kegunaan itu akan tertumpu di 40 lokasi panas yang mencatatkan pembuangan sisa pepejal tertinggi.
Purata kutipan sisa pepejal oleh SWCorp sepanjang perayaan Aidilfitri pada tahun lepas adalah sebanyak 2,472 tan metrik sehari, berbanding 2,642 tan metrik pada 2019 dengan pembuangan sisa makanan menjadi penyumbang terbesar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 06 2021

Johor mempunyai lapan tapak pelupusan sampah iaitu Pekan Nanas, Jemaluang, Batu Empat, Buloh Kasap, Moakil, Seelong, Tanjung Langsat dan Bandar Penawar. - Foto Twitter/BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Bangkai kucing dibuang SPCA kerana tiada tempat pelupusan khas - JPVPP
Sepuluh bangkai kucing yang ditemukan berbungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong didapati dibuang oleh SPCA Pulau Pinang.

Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672
Jemaah Menteri pada minggu lepas membuat keputusan secara dasar untuk menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini yang mengguna pakai Akta 672.

Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.

Selangor muktamadkan mekanisme mampan untuk meningkatkan amalan kitar semula - Amirudin
Kerajaan Selangor sedang memuktamadkan mekanisme mampan bagi meningkatkan amalan kitar semula di setiap kawasan kejiranan di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Loji WTE: Kerajaan hanya akan bawa masuk teknologi yang terbukti berkesan - Kor Ming
Kos untuk membina loji WTE amat tinggi, maka kerajaan akan memastikan sekiranya projek itu berjalan, ia akan beri pulangan yang baik kepada negara.

Tapak pelupusan sampah di Besut terbakar lagi
Tapak pusat pelupusan sampah di Kampung Paya Rawa, di sini sekali lagi terbakar selepas kejadian kali pertama berlaku pada pertengahan Mei lalu.

Orang ramai diingatkan tidak simpan stok beras dalam kuantiti besar
Semua pihak diingatkan untuk tidak menyimpan stok beras dalam kuantiti yang besar bagi mengelakkan berlakunya pembaziran bekalan makanan itu.

Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.

Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.

Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.