KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengenal pasti tapak baharu untuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) dalam daerah Tenom yang menjadi sempadan Malaysia-Indonesia.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, tapak itu akan dibangunkan bagi memudahkan urusan keluar masuk di sempadan negara.
Pintu masuk negara sedia ada di Sabah kini terletak di Pulau Sebatik, Tawau; Pagalungan, Nabawan dan Serudong di Kalabakan.
"Saya ke Pagalungan, kawasan sana agak jauh....saya datang untuk melihat proses imigresen di sana dan dimaklumkan bahawa satu tapak untuk CIQS yang lebih sempurna (di Tenom) telah dikenal pasti untuk pembangunan pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi bersepadu JIM di kawasan setinggan sekitar Kota Kinabalu di sini hari ini.
Khairul Dzaimee berkata beliau turut melawat pintu masuk di Pos Kawalan Imigresen Merapok-Sindumin dan Mengkalap, Sarawak bagi melihat persediaan sebelum pintu sempadan negara dibuka semula 1 April ini.
JIM-CIQS 2 (AKHIR) KOTA KINABALU
Beliau berkata pembukaan semula sempadan negara itu akan membolehkan penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara asal mereka.
Katanya seramai 850 PATI dari negara jiran terlibat dalam proses tersebut dan ujian saringan COVID-19 mereka akan dibiayai ahli keluarga masing-masing.
Mengenai operasi tersebut yang dijalankan selama hampir empat jam bermula 11 malam tadi, seramai 117 individu ditahan termasuk 71 orang kanak-kanak berumur antara dua hingga 10 tahun.
Khairul Dzaimee berkata kesemua tahanan warganegara Filipina itu dibawa ke lokap JIM Kota Kinabalu untuk proses dokumentasi.
Katanya, pihaknya mendapati penduduk di kawasan penempatan setinggan di pinggir Sungai Likas di sini mencuri sumber air dan elektrik, selain kawasan itu berbahaya untuk kesihatan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 14 2022

Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, tapak itu akan dibangunkan bagi memudahkan urusan keluar masuk di sempadan negara. - Astro AWANI

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

KDN lulus pembinaan IPD Kalabakan dengan kos RM150 juta - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kalabakan membabitkan kos RM150 juta dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di kawasan ini.

Kerja naik taraf CIQS di sempadan Sabah, Sarawak perlu disegerakan - Mohd Shafie
Ia bagi membolehkan hubungan Malaysia dan Indonesia dapat dipertingkat dari segi kemasyarakatan.

Anwar umum peruntukan RM1 bilion untuk naik taraf prasarana sempadan Sarawak, Sabah
Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan awal berjumlah RM1 bilion untuk memulakan kerja-kerja menaik taraf prasarana dan keupayaan kompleks CIQS di sempadan Sarawak dan Sabah.

SEDIA diarah teruskan projek CIQS di Kalabakan dan Pagalongan - Hajiji
SEDIA perlu meneruskan projek itu kerana ia merupakan antara projek pembangunan utama untuk Sabah.