KOTA BHARU: Dua daripada lima pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di sini yang terbabit dengan insiden tangki air utama pecah pada 10.05 pagi tadi, masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata sebelum ini, empat pelajar dihantar ke HUSM untuk rawatan manakala seorang lagi ke Klinik Kesihatan Mahligai.
"Seorang daripada pelajar tersebut mengalami luka di bahagian kepala dan menerima dua jahitan manakala seorang lagi mengalami sakit di bahagian tengkuk.
"Tiga lagi pelajar bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan dibenarkan pulang ke rumah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Muhamad Zaki berkata laporan mengenai kejadian itu telah dibuat oleh guru penolong kanan SMK Melor.
BACA: Beberapa pelajar SMK Melor cedera akibat tangki air pecah
"Beliau menyatakan terdengar satu letupan yang kuat di bahagian belakang bangunan pejabat.
"Pengadu terus pergi ke arah bunyi itu serta mendapati tangki air utama telah pecah dan kejadian berlaku ketika waktu rehat pelajar tingkatan satu, dua dan tiga," katanya.
Muhamad Zaki berkata insiden itu mengakibatkan kerosakan teruk kepada tangki utama, rumah enjin, laluan pejalan kaki, papan kenyataan, musala dan longkang.
Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi hantaran di laman Facebooknyatelah mengarahkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan tangki air di sekolah itu dengan segera.
Beliau berkata tindakan itu adalah bagi memastikan fasiliti dan infrastruktur sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik serta selamat untuk kegunaan warga sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022
![Tangki air pecah: 2 pelajar Tingkatan Dua masih dapatkan rawatan Tangki air pecah: 2 pelajar Tingkatan Dua masih dapatkan rawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660041463_tangkipecahSMKM.jpg)
Insiden itu mengakibatkan kerosakan teruk kepada tangki utama, rumah enjin, laluan pejalan kaki, papan kenyataan, musala dan longkang. - Gambar/ FB Radzi Jidin
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Enam kenderaan rosak akibat tangki pecah di pangsapuri Sepang Enam kenderaan rosak akibat tangki pecah di pangsapuri Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666910465_VideoTular.jpg)
Enam kenderaan rosak akibat tangki pecah di pangsapuri Sepang
Serpihan tangki air yang jatuh telah menimpa kenderaan di bawah blok apartment terbabit.
![KPM arah sekolah seluruh negara periksa tangki air, infrastruktur uzur KPM arah sekolah seluruh negara periksa tangki air, infrastruktur uzur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660041463_tangkipecahSMKM.jpg)
KPM arah sekolah seluruh negara periksa tangki air, infrastruktur uzur
KPM mengarahkan semua sekolah di seluruh negara melakukan pemeriksaan terhadap tangki air supaya insiden yang menimpa SMK Melor tidak berulang.
![Tangki air pecah: 2 pelajar Tingkatan Dua masih dapatkan rawatan Tangki air pecah: 2 pelajar Tingkatan Dua masih dapatkan rawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660041463_tangkipecahSMKM.jpg)
Tangki air pecah: 2 pelajar Tingkatan Dua masih dapatkan rawatan
Dua daripada lima pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
![Beberapa pelajar SMK Melor cedera akibat tangki air pecah Beberapa pelajar SMK Melor cedera akibat tangki air pecah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660035678_tangkipecahSMKM.jpg)
Beberapa pelajar SMK Melor cedera akibat tangki air pecah
Beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di Ketereh, cedera selepas tangki air sekolah itu pecah lalu menimpa laluan pejalan kaki dalam kejadian hari ini.
![Empat cedera, kenderaan rosak akibat tangki air Kompleks Teruntum pecah Empat cedera, kenderaan rosak akibat tangki air Kompleks Teruntum pecah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61500806254_TangkiPecah.jpg)
Empat cedera, kenderaan rosak akibat tangki air Kompleks Teruntum pecah
Kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu mengakibatkan runtuhan tembok batu dari tingkat empat bangunan menyebabkan empat orang cedera.
!['Saya dengar dentuman kuat, diikuti limpahan air' - Saksi 'Saya dengar dentuman kuat, diikuti limpahan air' - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/51500806712_TangkiPecah.jpg)
'Saya dengar dentuman kuat, diikuti limpahan air' - Saksi
Saksi cerita detik cemas apabila tembok bangunan Kompleks Teruntum di Jalan Mahkota-Seri Kuantan di sini runtuh dan menghempap kenderaan di kawasan parkir.