Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir menasihatkan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) untuk tidak mengambil mudah saranan beliau dalam menangguhkan keputusan mengenakan caj parkir di stesen keretapi.
Tegasnya, beliau diberitahu bahawa RAC mengambil maklum perkara itu namun tindakan mereka menangguhkannya untuk tempoh yang amat singkat dilihat seolah-olah mempermainkan saranan pihak kerajaan negeri.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada RAC kerana mengambil langkah untuk menangguhkan (caj parkir) tetapi kalaulah ianya sampai 15 haribulan, saya rasa ia bukan tangguh, hanya nak bagi muka sekejap sahaja.
“Saya bukan bercakap tentang saya, saya bercakap tentang keluhan rakyat, jadi ambil perhatian mengenai pemilihan tempat tertentu untuk keputusan ini, tak perlulah kita menyusahkan rakyat yang nak menggunakan keretapi, tempat letak kereta dan pergi ke tempat kerja,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Land Development Scenario: Issues and Challenges anjuran UiTM & Lembaga Perumahan Hartanah Negeri Perak sempena Perak Festival of Ideas di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Kata Dr Zambry, semua syarikat milik kerajaan (GLC) sewajarnya mengadakan rundingan dan meminta pandangan baik wakil rakyat atau pihak kerajaan negeri mengenai keputusan yang memberikan impak terutamanya terhadap perbelanjaan rakyat.
Tambah beliau, RAC perlu melaksanakan kajian mendalam dan mencadangkan mengenai keuntungan sebenar yang boleh dikaut melalui keputusan mengenakan caj parkir berbayar itu.
“Saya pun tak tahu berapa banyak mereka boleh buat untung, berjuta-juta ke, saya tidak tahu kecuali mereka nyatakan kepada pihak kerajaan negeri. Ini macam main-main dengan saya, mereka ambil maklum, tangguh sampai 15 haribulan maknanya dia nak buat juga.
“Perkara ini mungkin dianggap kecil tetapi tidak semestinya kecil bagi rakyat. Berilah perhatian kerana akhirnya orang akan menyalahkan kerajaan, seolah-olah kerajaan tidak prihatin langsung benda macam ini,” ujarnya lagi.
Menteri Besar menegaskan, beliau enggan berkonfrontasi dengan RAC tetapi rakyat akan dapat menilai dengan baik tindakan mereka untuk mengenakan caj parkir di stesen keretapi di seluruh negeri kelak.
“Kerajaan telah mewujudkan satu aliran transit yang baik, pengangkutan awam yang baik, jadi bila nak letak caj parkir, dia kena fikirkan kesesuaian lokasi itu, malah sebelum ini ada juga tempat yang tidak memerlukan caj. Jadi ambil perhatian, itu nasihat saya,” katanya lagi.
Semalam, Dr Zambry meminta RAC menangguhkan sementara keputusan untuk mengenakan caj parkir di stesen-stesen keretapi di negeri ini.
Beliau membuat saranan itu setelah menerima makluman bahawa stesen keretapi Tanjung Malim akan mengenakan caj parkir mulai Khamis (hari Ini).
Nazialita Geynna Maharan
Thu Sep 07 2017
![Tangguh caj parkir stesen KTM: Jangan main-main, kata Zambry Tangguh caj parkir stesen KTM: Jangan main-main, kata Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/51504792328_ZambryAbdKadir.jpg)
Zambry selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Land Development Scenario: Issues and Challenges anjuran UiTM & Lembaga Perumahan Hartanah Negeri Perak sempena Perak Festival of Ideas di Ipoh hari ini. - Foto Astro AWANI
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Isu parkir: MB Pahang gagal memahami kehendak penduduk Cameron Highlands - Manogaran Isu parkir: MB Pahang gagal memahami kehendak penduduk Cameron Highlands - Manogaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71547890623_parkir.jpg)
Isu parkir: MB Pahang gagal memahami kehendak penduduk Cameron Highlands - Manogaran
M. Manogaran mendakwa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengelirukan penduduk Cameron Highlands berhubung isu parkir kenderaan.
![Pencemaran udara teruk, warga Delhi 'berkurung' dalam rumah sewaktu Krismas Pencemaran udara teruk, warga Delhi 'berkurung' dalam rumah sewaktu Krismas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41545746052_JerebuIndia.jpg)
Pencemaran udara teruk, warga Delhi 'berkurung' dalam rumah sewaktu Krismas
Situasi pencemaran itu tidak akan berubah dalam masa sekurang-kurangnya tiga hari lagi susulan keadaan suhu udara sejuk.
![Bermula Ogos, guru di Singapura wajib bayar caj parkir kereta dan motosikal di sekolah Bermula Ogos, guru di Singapura wajib bayar caj parkir kereta dan motosikal di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61491288728_SingaporeMerlion.jpg)
Bermula Ogos, guru di Singapura wajib bayar caj parkir kereta dan motosikal di sekolah
Kadar bayaran tahunan pula adalah S$720 (RM2,133) bagi ruang terbuka, manakala S$960 (RM2,844) bagi tempat parkir berbumbung.
![Tangguh caj parkir stesen KTM: Jangan main-main, kata Zambry Tangguh caj parkir stesen KTM: Jangan main-main, kata Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/51504792328_ZambryAbdKadir.jpg)
Tangguh caj parkir stesen KTM: Jangan main-main, kata Zambry
Menteri Besar Perak menasihatkan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) untuk tidak mengambil mudah saranan beliau dalam menangguhkan keputusan mengenakan caj parkir di stesen.