Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands, M. Manogaran mendakwa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengelirukan penduduk Cameron Highlands berhubung isu parkir kenderaan.
Manogaran mendakwa bahawa Wan Rosdy gagal memahami kehendak dan keperluan warga Cameron Highlands dan kegagalan tersebut dapat dilihat menerusi penafiannya berkenaan isu caj parkir Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) yang terbangkit baru-baru ini.
“Menteri Besar Pahang cuba mempertahankan keputusan caj parkir yang tidak munasabah ini dengan menyatakan MDCH akan menawarkan diskaun 25 peratus ke atas mereka yang membayar untuk tempoh lebih daripada sebulan.
“Pada hakikatnya, diskaun 25 peratus hanya ditawarkan untuk pembayaran caj parkir dengan tempoh 12 bulan sahaja, iaitu berjumlah RM720 dan bukan untuk tempoh yang lebih pendek.
“Bayaran bulanan di MDCH sebanyak RM60 sememangnya adalah lebih mahal daripada Daerah Temerloh (RM50) dan Daerah Kuantan (RM52). Adakah Menteri Besar Pahang rasa ini adil kepada warga Cameron Highlands?,” soal Manogaran dalam sidang media di sini pada Sabtu.
Sebelum ini, Wan Rosdy dalam suatu kenyataan berkata hanya kawasan yang menjadi tumpuan pelancong sahaja yang dikenakan bayaran manakala penempatan penduduk seperti Lembah Bertam, Habu, Tringkap, Ringlet, Kuala Terla dan Kampung Raja tidak dikenakan sebarang bayaran.
Isabelle Leong
Sat Jan 19 2019
Manogaran mendakwa bahawa Wan Rosdy gagal memahami kehendak dan keperluan warga Cameron Highlands. - Foto Astro AWANI
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Syria kini dibebani pelarian Lubnan
Dalam tempoh hanya seminggu, serangan udara dan darat Israel di Lubnan memaksa lebih 200,000 orang melarikan diri merentasi sempadan ke Syria, yang sudah bertahun-tahun berdepan masalah perang saudara dan ancaman kebuluran.
Syria kini dibebani pelarian Lubnan
Kini, giliran Syria menjadi tuan rumah kepada penduduk yang terdesak mencari perlindungan dari peperangan.
[LAPOR LANGSUNG] Tiga hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Hezbollah dan Israel saling berbalas serangan sejak permulaan perang di Gaza yang tercetus susulan serangan kumpulan Hamas pada tahun lepas.
Tiga hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Hezbollah dan Israel saling berbalas serangan sejak permulaan perang di Gaza yang tercetus susulan serangan kumpulan Hamas tahun lalu.
Isu parkir: MB Pahang gagal memahami kehendak penduduk Cameron Highlands - Manogaran
M. Manogaran mendakwa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengelirukan penduduk Cameron Highlands berhubung isu parkir kenderaan.
Pencemaran udara teruk, warga Delhi 'berkurung' dalam rumah sewaktu Krismas
Situasi pencemaran itu tidak akan berubah dalam masa sekurang-kurangnya tiga hari lagi susulan keadaan suhu udara sejuk.
Bermula Ogos, guru di Singapura wajib bayar caj parkir kereta dan motosikal di sekolah
Kadar bayaran tahunan pula adalah S$720 (RM2,133) bagi ruang terbuka, manakala S$960 (RM2,844) bagi tempat parkir berbumbung.
Tangguh caj parkir stesen KTM: Jangan main-main, kata Zambry
Menteri Besar Perak menasihatkan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) untuk tidak mengambil mudah saranan beliau dalam menangguhkan keputusan mengenakan caj parkir di stesen.