Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani petisyen pembebasan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai tidak menghormati, sebaliknya menghina sistem perundangan negara.
Beberapa anggota UMNO yang ditemui hari ini menyifatkan tindakan bekas perdana menteri menandatangani petisyen bagi pembebasan Anwar, yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan meliwat, sebagai lebih bermotifkan kepentingan politik semata-mata.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Sohaimi Shahadan berkata tindakan Dr Mahathir itu seolah-olah seperti beliau (Mahathir) menyokong perbuatan jenayah liwat yang dilakukan Ketua Umum PKR itu.
"Tindakan Tun Dr Mahathir dewasa ini banyak melakukan U-turn, beliau juga mudah lupa dengan apa diungkapnya sebelum ini. Jelaslah, Melayu tidak mudah lupa, tetapi Tun M yang selalu lupa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sabtu lepas, Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun, menandatangani petisyen itu ketika hadir pada Kongres Nasional Tahunan PKR ke-12.
Seorang lagi Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata tindakan Dr Mahathir menandatangani petisyen membebaskan Anwar yang merupakan 'musuhnya' suatu ketika dahulu boleh dianggap seperti 'ada udang di sebalik batu.'
Irmohizam, yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor, berpendapat permainan politik ini sangat berbahaya kepada nama baik negara serta institusi di bawahnya disebabkan keutamaan mementingkan pengaruh dan kekuasaan daripada memikirkan untung nasib serta kebajikan rakyat.
"Mereka sanggup menggadaikan kesetiaan penyokong demi meraih sokongan baharu dan dengan apa cara sekalipun untuk mencapai kepentingan sendiri," katanya.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tindakan Dr Mahathir itu menunjukkan beliau kini berada dalam keadaan terdesak untuk mencapai apa juga tujuan.
"Mereka akan lakukan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata kredibiliti Dr Mahathir sebagai seorang ahli politik hilang setelah beliau menandatangani petisyen tersebut yang pastinya menimbulkan rasa marah dalam kalangan rakyat kerana kesalahan dilakukan Anwar merupakan kes yang besar.
"Tun Mahathir telah memporak-perandakan keadaan politik dan ekonomi negara dan untuk Tun kembali meminta Anwar dibebaskan, saya rasa apa yang Tun perlu buat ialah memohon maaf secara terbuka kepada rakyat sebab telah memberi gambaran yang lain terhadap kesalahan Anwar," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata tindakan Dr Mahathir itu boleh menyebabkan kekacauan malah rakyat tidak lagi mempercayai badan kehakiman di negara ini.
"Jika tidak menghormati keputusan mahkamah, negara akan menjadi huru-hara kerana tiada lagi badan keadilan yang mesti dihormati," kata Ahmad Jazlan, yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin meminta rakyat Malaysia supaya menilai sendiri bahasa tubuh dan kenyataan Dr Mahathir pada masa kini, yang jelas tidak sama berbanding sewaktu beliau memimpin negara.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Jelebu Datuk Jalaluddin Alias berkata tindakan Dr Mahathir itu menbuktikan beliau adalah seorang yang tidak konsisten dalam keputusannya terhadap Anwar sewaktu menjadi perdana menteri.
"Dahulu yang ambil tindakan kepada Anwar adalah Mahathir yang ketika itu dia adalah perdana menteri dan sudah pasti tindakan ke atas Anwar itu berlandaskan undang-undang negara.
"Jika sekarang ini dia mahu membebaskan Anwar, ini bermakna tindakannya yang dahulu itu (sehingga Anwar dipenjarakan) adalah berlandaskan emosi dan bukannya salah Anwar," kata Jalaluddin, yang juga Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan Dr Mahathir itu dilihat sebagai satu langkah 'mencuci dosa' yang dilakukannya malah ramai yang menganggap bekas perdana menteri itu 'menganiaya' timbalannya ketika beliau berkuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2017
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (gambar) berkata tindakan Dr Mahathir itu boleh menyebabkan kekacauan malah rakyat tidak lagi mempercayai badan kehakiman di negara ini. - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
PRK Sungai Bakap: PH yakin ahli UMNO sokong calon Kerajaan Perpaduan
Pakatan Harapan (PH) yakin ahli UMNO akan mengundi calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Joohari Ariffin pada 6 Julai ini.
Nasihat Wan Rosdy kepada ahli UMNO: “Ikhlas sertai parti, buang sikap pentingkan diri”
Sikap pentingkan diri menjadi masalah dalaman parti dan andai dibiarkan boleh merosakkan keutuhan UMNO.
Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, wadah junjung prinsip parti - Ahmad Zahid
Persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu djadikan wadah menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan parti.
Ahli, bekas ahli UMNO undi PN satu pengkhianatan besar - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli UMNO dan bekas ahli parti itu supaya tidak sama sekali memberikan undi mereka kepada Perikatan Nasional (PN).
Noraini tolak andaian ahli UMNO keluar parti kerana DAP masuk Dewan Merdeka
Noraini menolak andaian kononnya ramai ahli UMNO akan keluar parti kerana pemimpin DAP masuk ke Dewan Merdeka, WTC pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.
PAU2022: Dua ahli UMNO hantar aduan kepada RoS
Aduan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.
Ahli UMNO diminta berhenti lagakan pemimpin parti - Hishammuddin
Ahli UMNO diminta untuk berhenti dari melaga-lagakan pemimpin termasuk cubaan untuk mewujudkan kem-kem tertentu.
Tindakan disiplin dikenakan jika ada pemimpin UMNO kerjasama dengan PKR, DAP
Tindakan disiplin akan dikenakan sekiranya terdapat ahli dan pemimpin UMNO yang didapati menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP.
Pemuda PKR nasihat UMNO lapor SPRM isu 'curi', 'beli' ahli
Laporan kepada SPRM selaras dengan Perkara 25 (1) Akta SPRM iaitu kewajipan melaporkan sogokan.
UMNO perlu presiden yang lebih meyakinkan - Penganalisis
UMNO perlu menjalankan pemilihan semula di peringkat kepimpinan untuk memberi mandat kepada Presiden yang baharu