KUALA LUMPUR: Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak diperlukan sekiranya kerajaan memutuskan untuk membatalkan Ordinan Darurat.
Memetik laporan MalaysiaNow, Sri Ram berkata, perkara sebegitu pernah terjadi dalam kes pada tahun 1963 melibatkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan dengan Ketua Hakim pada waktu itu, Sir James Beveridge Thomson.
Dalam kes itu, Thomson membuat penghakiman yang memberikan kuasa eksekutif kepada Kabinet untuk bertindak atas nama Raja.
BACA: Agong zahir dukacita, pembatalan Ordinan Darurat dibuat sebelum perkenan Baginda
“Jika anda baca penghakiman Thomson dalam kes tersebut secara teliti, jelas Kabinet mempunyai kuasa tertinggi dalam semua perkara,” kata Sri Ram kepada portal tersebut.
Tambahnya lagi, jika terjadi keadaan di mana Yang di-Pertuan Agong masih menolak untuk menandatangani dokumen, ia tidak memberi kesan terhadap pengesahan keputusan Kabinet tersebut.
“Kes Kelantan itu mengatakan tandatangan tiga Menteri sudah cukup. Ia juga sah kerana Kabinet menjalankan tugas atas nama raja, maka tandatangan rasmi daripada raja tidaklah penting,” katanya.
Dalam kes pada tahun tersebut, negeri Kelantan mencabar Perjanjian Malaysia (MA63) dan mempersoalkan MA63 tidak mendapat persetujuan Sultannya berikutan beberapa pertukaran dalam Perlembagaan.
Astro AWANI pada Khamis melaporkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan rasa amat dukacita dengan satu kenyataan berhubung pembatalan Ordinan Darurat yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu.
BACA LAPOR LANGSUNG MESYUARAT KHAS PARLIMEN DI SINI
Ia berkaitan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenan.
IKUTI SISI TV PARLIMEN DI SINI
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Istana Negara turut mengesahkan pembatalan semua Ordinan Darurat oleh kerajaan belum mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Astro Awani
Fri Jul 30 2021
![Tandatangan Agong tidak perlu untuk batal Ordinan Darurat - Sri Ram Tandatangan Agong tidak perlu untuk batal Ordinan Darurat - Sri Ram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613365474_GOPALSRIRAM.jpg)
Sri Ram merujuk kes pada tahun 1963 melibatkan Kerajaan Persekutuan dan negeri Kelantan dengan ketua hakim pada waktu itu ialah Sir James Beveridge Thomson. - Gambar fail
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Mahkamah Tinggi dengar kes saman berhubung Ordinan Darurat pada 3 Okt Mahkamah Tinggi dengar kes saman berhubung Ordinan Darurat pada 3 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654180153_TBMCAPahang.jpg)
Mahkamah Tinggi dengar kes saman berhubung Ordinan Darurat pada 3 Okt
Peguam New Sin Yew, yang mewakili Bersih dan tujuh pihak selaku plaintif ketika dihubungi berkata kes saman itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.
![Dewan Negara lulus usul ungkai Ordinan Darurat Dewan Negara lulus usul ungkai Ordinan Darurat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61638967427_MasErmieyatiMente.jpg)
Dewan Negara lulus usul ungkai Ordinan Darurat
Persidangan Dewan Negara hari ini sebulat suara meluluskan usul bagi mengungkai tujuh ordinan darurat.
![Ordinan Darurat terungkai sepenuhnya selepas dilulus di Dewan Rakyat, Dewan Negara Ordinan Darurat terungkai sepenuhnya selepas dilulus di Dewan Rakyat, Dewan Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623450800_ShamrahayuAbAziZ.jpg)
Ordinan Darurat terungkai sepenuhnya selepas dilulus di Dewan Rakyat, Dewan Negara
Usul diluluskan Dewan Rakyat pada Isnin selepas dibentang dan dibahas serta mendapat undian suara terbanyak.
![Dewan Rakyat lulus usul bahas, ungkai tujuh Ordinan Darurat Dewan Rakyat lulus usul bahas, ungkai tujuh Ordinan Darurat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627544508_RashidHasnon.jpg)
Dewan Rakyat lulus usul bahas, ungkai tujuh Ordinan Darurat
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon berkata lebih suara dalam dewan bersetuju agar usul tersebut diluluskan,
![PRN Sarawak: 'Tunggu perintah darurat ditarik balik' - Abang Jo PRN Sarawak: 'Tunggu perintah darurat ditarik balik' - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51634899391_TBABGJO.jpg)
PRN Sarawak: 'Tunggu perintah darurat ditarik balik' - Abang Jo
Sarawak hanya menunggu Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 ditarik balik sebelum membuat sebarang pengumuman mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
![16 individu leka berjudi ditahan, dikompaun di Port Dickson 16 individu leka berjudi ditahan, dikompaun di Port Dickson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628251761_SUPTAIDISHAM.jpg)
16 individu leka berjudi ditahan, dikompaun di Port Dickson
Polis menahan 16 individu termasuk dua warga emas yang leka berjudi dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Lukut, Port Dickson dekat sini semalam.
![Tiada keperluan adakan PRK DUN Melor Tiada keperluan adakan PRK DUN Melor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/61525845500_pengundi.jpg)
Tiada keperluan adakan PRK DUN Melor
Keputusan itu diambil selepas berakhirnya Proklamasi Darurat 2021 dan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
![Dihalang masuk Parlimen, Majlis Presiden PH minta semua Ahli Parlimen buat laporan polis Dihalang masuk Parlimen, Majlis Presiden PH minta semua Ahli Parlimen buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81627878207_pembakangParlimen.jpg)
Dihalang masuk Parlimen, Majlis Presiden PH minta semua Ahli Parlimen buat laporan polis
PH berasa amat kesal dengan tindakan mengarah serta memperalat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menghalang Ahli Parlimen dari memasuki Parlimen.
![Krisis Perlembagaan atau kemaruk kuasa? Krisis Perlembagaan atau kemaruk kuasa?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627656881_DewanRakyatsidang.jpg)
Krisis Perlembagaan atau kemaruk kuasa?
Mana hala tuju politk di negara ini. Ini perincian dan pendapat Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Hj Dullah.
![Ungkai Ordinan Darurat September depan, selesai polemik secara harmoni, berperlembagaan - PM Ungkai Ordinan Darurat September depan, selesai polemik secara harmoni, berperlembagaan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61627969051_SidangParlimenKh.jpg)
Ungkai Ordinan Darurat September depan, selesai polemik secara harmoni, berperlembagaan - PM
Jemaah Menteri akan membincangkan berkenaan usul untuk membahas dan mengungkaikan Ordinan-ordinan Darurat esok sebelum ia dibawa pada sidang Parlimen, September depan.