KUALA LUMPUR: Hashtag (tanda pagar) #covid19 menjadi pilihan pengguna Twitter di Malaysia susulan penguatkuasaan kawalan pergerakan terutamanya larangan merentas negeri, sebelum ini.
Twitter dalam kenyataan hari ini memaklumkan perbualan rakyat Malaysia dari tempoh 1 Jan hingga 15 Nov 2021 didapati beralih ke platform media sosial Twitter untuk mendapatkan maklumat terkini tentang perkembangan dan berkongsi pendapat mereka tentang situasi pandemik berkenaan.
"Sama ada untuk mengikuti acara global atau untuk menyebarkan kegembiraan, Twitter menjadi platform untuk rakyat Malaysia berkumpul," menurut kenyataan itu.
Menurut Twitter, rakyat Malaysia bergantung kepada Twitter untuk mendapatkan informasi terawal berkenaan arahan sekatan, vaksinasi dan kemas kini prosedur operasi standard (SOP).
Menurut kenyataan itu, 2021 menyerlahkan sifat terbaik rakyat Malaysia dalam berhubung semula dengan orang tersayang dan membantu mereka yang memerlukan.
"Tahun ini, kita dapat melihat bagaimana doktor dan pakar kesihatan menjadi lebih aktif di Twitter untuk berkongsi maklumat berkaitan kesihatan yang boleh dipercayai dan untuk menjelaskan berita mengelirukan atau berita palsu mengenai vaksin COVID-19 kepada orang ramai," menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia juga memberi perhatian kepada doktor yang berkongsi perspektif mereka dalam masa nyata apabila perkembangan baharu berlaku atau untuk mendapatkan petua dan pandangan kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021
Menurut Twitter, rakyat Malaysia bergantung kepada Twitter untuk mendapatkan informasi terawal berkenaan arahan sekatan, vaksinasi dan kemas kini prosedur operasi standard (SOP). - Gambar fail
PM Iraq mahu bekerjasama rapat dengan AMF
Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia' al-Sudani pada Khamis menyatakan aspirasi negaranya untuk memperkukuh kerjasama dengan Tabung Kewangan Arab (AMF) serta menegaskan sokongan pemerintahannya terhadap aktiviti organisasi itu.
Bank Jepun tingkat kadar faedah jangka pendek baharu
Bank Jepun mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar faedah jangka pendeknya kepada 0.5 peratus berbanding 0.25 peratus sebelum ini. Perkara itu seperti yang dimaklumkan oleh Gabenor Bank Jepun, Kazuo Ueda dalam kenyataan pada Jumaat yang mana beliau melihat ini sebagai langkah yang bertepatan seiiring dengan ramalan yang dinyatakan oleh portal ekonomi perdagangan negara.
Patung Kapten Cook di Sydney disimbah cat merah
Polis Australia melancarkan siasatan pada Jumaat susulan patung pegawai tentera laut Britain James Cook dirosakkan di Sydney.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh rakan sejawatannya dari AS Donald Trump.
Dua kebakaran baharu tercetus di San Diego, California
Dua kebakaran hutan baharu dilaporkan berlaku di San Diego, California, Amerika Syarikat dan pihak berkuasa giat melakukan operasi pemadaman bagi mengelakkan ia merebak ke kawasan lain.
Empat nama tebusan Israel diserahkan kepada pengantara
Empat nama warga Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu akan diserahkan Hamas kepada pengantara.
Perkukuh nilai insan pelajar sebelum kejar kemajuan AI
Kepentingan nilai insan dalam kalangan pelajar hari ini harus diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum mengejar kemajuan kecerdasan buatan (AI).
Malaysia curi peluang kongsi kehebatan ASEAN - PM
Malaysia terus menjadi tumpuan semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland apabila diberi ruang khas menerangkan kekuatan ekonomi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu dimanfaatkan beliau sebaik mungkin untuk menceritakan kehebatan ASEAN kepada ribuan tokoh dunia dan gergasi konglemerat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu dimanfaatkan beliau sebaik mungkin untuk menceritakan kehebatan ASEAN kepada ribuan tokoh dunia dan gergasi konglemerat.
Kemegahan ibu kota tiada nilai jika gerai jalanan tersisih - PM
Erti sebenar perancangan bandar yang berjaya adalah ia tidak mencipta jurang antara pendudukan orang kaya dan orang miskin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur tidak akan bermakna jika warung dan gerai di tepi jalan disisihkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur tidak akan bermakna jika warung dan gerai di tepi jalan disisihkan.
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
Tanda pagar #DaruratBanjir satukan rakyat Malaysia hadapi bencana - Twitter Asia Tenggara
Menurut Twitter Asia Tenggara, tanda pagar #DaruratBanjir telah menyumbang dalam usaha sama rakyat Malaysia menangani krisis nasional tidak kira bangsa dan agama.
Tanda pagar #covid19 jadi pilihan rakyat Malaysia di Twitter
Hashtag (tanda pagar) #covid19 menjadi pilihan pengguna Twitter di Malaysia susulan penguatkuasaan kawalan pergerakan terutamanya larangan merentas negeri, sebelum ini.
Hashtag #WeBelangTogether dikatakan 'comel gila'. Bagaimana ia tercipta?
Akhir-akhir ini, ketika penghujung saingan Piala AFF Suzuki 2018, kita sering terdengar atau terlihat di media sosial, hashtag #WeBelangTogether.
TOP 5: Sembang -sembang hangat di Twitter menjelang PRU14
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disebut-sebut sebagai ibu kepada segala pilihan raya.
Hashtag #BeStrongPM muncul di media sosial
Hashtag #BeStrongPM mula trending sejak tengah hari tadi, antaranya disertai mesej ringkas menyokong pemimpin nombor satu negara.
Selfie, hashtaq dan tweet tidak jejas ketulenan bahasa Melayu - Tokoh Akademik
Perkataan seperti 'selfie', 'hashtag' dan 'tweet' yang kini muncul selari dengan perkembangan teknologi maklumat adalah relevan untuk dijadikan istilah baharu dalam Kamus Dewan.
Selfie, hashtag dan tweet muncul dalam Kamus Dewan
Perkataan itu akan diberi tanda 'bp' iaitu bahasa percakapan yang dilabel pada perkataan yang belum diterima sebagai bahasa standard.
2013: Topik hangat media sosial sepanjang tahun
Hashtag isu-isu semasa seperti #PRU13 dan #MYhaze terus mendapat perhatian kerana Twitterjaya inginkan berita dan info terkini.
Facebook menggunakan stail hashtag Twitter
Facebook bersedia menandingi Twitter dengan mengaplikasikan simbol ikonik perkhidmatan mesej hashtag, The Wall Street Journal melaporkan pada Selasa lalu.