Dalam kebanyakan keluarga, wanita selaku isteri dan ibu bertanggungjawab mengatur perbelanjaan dapur dan peranan itu semakin dituntut ketika masyarakat menghadapi peningkatan kos sara hidup sekarang.
Percaya atau tidak, bebanan itu dirasai oleh semua peringkat termasuk isteri-isteri pemimpin dalam kerajaan dan mereka berkongsi tip dengan Bernama bagi membantu golongan suri berbelanja secara berhemat.
Bagi Datin Rohkiah Abdul Samat, isteri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman, kawasan sekitar rumah dimanfaatkannya dengan menanam cili padi, kunyit, serai, daun pandan dan pokok limau purut.
"Ini antara bahan yang sering kita guna dalam masakan seharian dan jika ditanam sendiri sedikit sebanyak dapat membantu kita berjimat selain lebih segar kerana dipetik sendiri," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.
Pendapat itu dipersetujui oleh Datin Angelina Calestine Ujang, isteri Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi, yang menambah kata memasak sendiri juga lebih jimat berbanding makan di luar.
"Kami ini sama sahaja seperti keluarga yang lain dan saya dari dahulu memang sentiasa berjimat dalam perbelanjaan. Setiap hari saya memasak dalam jumlah yang cukup untuk keluarga supaya tidak membazir," katanya.
Sementara itu Datin Seri Jamilah Mohd Zain, isteri Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya pula berkata antara cara yang digunakannya untuk berjimat ialah dengan membeli ikan secara terus di kawasan pendaratan ikan memandangkan beliau tinggal di Balik Pulau, Pulau Pinang.
"Jika untuk makan keluarga, saya lebih suka memilih ikan biasa berbanding ikan besar yang agak mahal seperti tenggiri yang lazimnya dibeli jika ada tetamu bertandang.
"Yang penting adalah khasiat yang diperoleh daripada makanan itu," katanya yang turut mengamalkan lebih sayur, herba dan ulam-ulaman dalam menu seharian.
Sementara itu isteri Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Mutallib, Datin Fatimah Kassim berkata budaya berjimat turut membawanya kepada amalan makan secara sihat iaitu mengurangkan penggunaan minyak masak dan gula dalam masakan.
"Kalau di rumah saya lebih suka rebus atau bakar sahaja ikan. Selain lebih sihat kerana tidak berminyak, rasanya juga lebih enak apabila dimakan dengan nasi panas dan sambal pencicah," katanya.
Beliau juga membuat perbandingan harga barangan di beberapa kedai berhampiran kediamannya bagi mendapatkan harga terbaik, dan kemudian menjadikan kedai itu sebagai kedai pilihannya.
Sementara itu Datin Asiah Mohd Noor, isteri Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri, berkata beliau lazimnya membeli barangan basah untuk bekalan seminggu kerana langkah itu lebih murah daripada membeli setiap hari.
"Kalau beli seminggu lebih mudah untuk kita susun belanja, kerana kita akan gunakan apa yang ada semasa memasak. Masa memasak pun harus pandai buat anggaran untuk berapa ramai yang mahu makan.
"Tidak perlu makan secara berlebih-lebihan. Di rumah kami juga bersederhana seperti mengamalkan sejenis sayuran untuk setiap hari," katanya.
Bernama
Mon Feb 10 2014

Datin Seri Jamilah Mohd Zain, isteri Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. --fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Tanam, masak sendiri dan banding harga antara langkah isteri Timbalan Menteri berjimat
Isteri-isteri pemimpin dalam kerajaan berkongsi tip bagi membantu golongan suri berbelanja secara berhemat.