SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah berhubung penyediaan tanah Lesen Kependudukan Sementara (TOL) untuk tanaman kontan, kerana selalu meluluskannya untuk petani kecil, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
"Kita setiap minggu luluskan tanah TOL itu, pengusaha kecil kita bantu dengan tanah itu, kita tengok kalau sesuai kita luluskan seperti di Jempol kita luluskan 100 ekar tanah kolam terbiar kepada petani, untuk diusahakan semula.
"Malah, baru-baru ini kita juga turut mengadakan perjanjian dengan Selangor untuk jalankan projek tanaman jagung bijirin di Gemas dan Kuala Langat Selatan di tanah lebih 400 ekar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Loji Rawatan Air (LRA) Ngoi-Ngoi Fasa 2 di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta kerjasama kerajaan negeri, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyediakan tanah TOL untuk penanaman jagung bagi jangka masa panjang sebagai alternatif kepada makanan ayam.
Dalam pada itu, beliau berkata agensi berkaitan terutama Jabatan Pertanian perlu sentiasa proaktif dan turun padang bagi menyelami permasalahan dan isu dialami petani sekali gus membantu memperkasakan sektor pertanian dalam negara.
"Bukan masalah tanah semata-mata, tetapi perlu lihat isu musuh tanaman, harga baja dan pagar yang mahal, itu juga penting dan perlu dilihat, baru selesai masalah bekalan makanan di negara kita," katanya.
Sementara itu, beliau berkata projek pembangunan LRA Ngoi-Ngoi Fasa 2 di sini dengan kos RM228 juta dan dijangka siap 2024 itu bakal menampung keperluan pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV) meliputi kawasan seluas 378,071 ekar (153,000 hektar).
Aminuddin berkata LRA berkenaan merupakan nadi utama memastikan permintaan bekalan air bersih dan terawat dipenuhi, selain menambah kapasiti bekalan air sehingga 150 juta liter sehari di Seremban, Nilai dan Sendayan yang semakin pesat membangun.
Jelasnya projek berkenaan juga termasuk dalam agenda pembangunan bekalan air baharu di Negeri Sembilan melalui pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad berjumlah RM347.25 juta yang diluluskan Kerajaan Persekutuan bagi tempoh 2021 sehingga 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 24 2022
Aminuddin berkata, agensi berkaitan terutama Jabatan Pertanian perlu sentiasa proaktif dan turun padang bagi menyelami permasalahan dan isu dialami petani. - Foto BERNAMA
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
12 kertas siasatan terhadap GISB di Negeri Sembilan dibuka - Aminuddin
Sebanyak tujuh daripada 12 kertas siasatan berhubung syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Negeri Sembilan telah didakwa di mahkamah.
Negeri Sembilan saran kenakan bayaran masuk Pusat Ikan Hiasan, Muzium Tentera Darat
Kerajaan Negeri Sembilan berpendapat supaya bayaran berpatutan perlu dikenakan bagi kemasukan ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson dan Muzium Tentera Darat.
Hanya syarikat berkemampuan dipilih terlibat industri REE - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan bersedia menerima mana-mana syarikat, termasuk pemilik tanah persendirian yang berminat mengusahakan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini.
GISB: Negeri Sembilan kekal pendirian rujuk pewartaan sesat Al-Arqam - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan kekal dengan pendirian merujuk dan menggunakan pewartaan sesat bagi Penyelewengan al-Arqam pada 2016.
Pemain industri pelancongan perlu tonjolkan identiti Negeri Sembilan - Tan
Pemain industri pelancongan perlu menonjolkan sembilan identiti Negeri Sembilan yang merangkumi adat, seni bina, makanan tradisional, busana, bunga, muzik, tarian, lagu dan permainan tradisional.
Belanjawan 2025 angkat kepentingan rakyat - Aminuddin
Beliau berkata ia dilihat tertumpu kepada pengukuhan sektor ekonomi penting yang dijangka memberi hasil kepada negara dan memperbaiki kemudahan asas dalam pelbagai sektor.
Amaran ribut petir, hujan lebat di Pahang, Negeri Sembilan dan Johor
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 2 petang ini.
Tuanku Muhriz titah bela nasib kanak-kanak terkait GISB di N. Sembilan - Aminuddin
Tuanku Muhriz turut mencadangkan kepada JKM negeri supaya kanak-kanak berusia antara empat hingga 15 tahun yang tidak diambil ibu bapa mereka supaya diberi perhatian sewajarnya.
Status ajaran GISB: Negeri Sembilan tunggu perkenan Tuanku Muhriz
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihaknya perlu mendapatkan pandangan daripada Jabatan Mufti dan Majlis Fatwa negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.
LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.