KUALA LUMPUR: Tiada rekahan terbuka pada turapan permukaan (pavement) jalan di laluan B66 Jalan Batang Kali-Genting Hulu Selangor yang terlibat dengan insiden tanah runtuh awal pagi ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kejadian tanah runtuh pada kira-kira 2.42 pagi tadi melibatkan runtuhan sepanjang hampir 300 meter (m) dan setinggi 70m.
"Hasil tinjauan dan pemeriksaan visual mendapati kawasan runtuhan tersebut melibatkan sebahagian dari jalan negeri B66 di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor iaitu sepanjang 5 meter," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Nanta berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pelbagai agensi sedang giat melaksanakan misi mencari dan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa di tempat kejadian termasuk Pasukan Forensik Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR Malaysia yang berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.
"Kerja-kerja penambahbaikan akan dilaksanakan berdasarkan agihan peruntukan yang diterima. Kementerian Kerja Raya dan JKR akan sentiasa prihatin keselamatan dan keselesaan pengguna jalanraya," katanya.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat ke 16 orang, 17 masih hilang
Nanta berkata Jalan B66 Batang Kali-Genting Hulu Selangor kini ditutup atas arahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor untuk keselamatan dan orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif ketika ini iaitu menerusi Jalan Ulu-Yam Batu Caves ke Gombak dan menuju ke KLK untuk sampai ke destinasi akhir iaitu, Genting.
Sementara itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya telah mengarahkan pasukan penyelamat dan sukarelawan dari negeri itu segera ke lokasi kejadian bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.
"Saya menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati untuk mengadakan sebarang aktiviti perkhemahan sama ada di kawasan tanah tinggi atau pun di kawasan berhampiran sungai terutamanya pada musim tengkujuh," katanya menerusi status di akaun Facebook rasminya hari ini.
Setakat 1 tengah hari ini, 61 mangsa telah dibawa keluar dari tempat kejadian manakala 16 maut dalam kejadian itu.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022
Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan anggota Pertahanan Malaysia melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus di lokasi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm. - BERNAMA
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 kerana menyimpan bahan lucah termasuk video pornografi kanak-kanak.
[TERKINI] Kes kadet UPNM disebut semula 4 Februari
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 4 Februari sebagai tarikh baharu untuk sebutan semula kes seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa mencederakan seorang pelajar junior menggunakan seterika wap panas.
Kerajaan Jepun lulus draf Belanjawan 2025 dengan peruntukan pertahanan tertinggi
Kerajaan Jepun pada Jumaat meluluskan draf belanjawan untuk tahun kewangan 2025, dengan peruntukan tertinggi sebanyak 8.7 trilion yen (US$55.4 bilion) bagi perbelanjaan pertahanan.
100 penggiat industri disasar terima sumbangan Ziarah MADANI@Finas
Sehingga kini, 48 penggiat industri menerima bantuan Ziarah Seni MADANI@Finas yang bertujuan meringankan beban warga seni yang memerlukan.
Polis tahan lelaki rosak cermin kereta guna rantai besi
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai melakukan khianat dengan mengayun rantai besi ke cermin hadapan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Penang pada Rabu.
[TERKINI] Kenaikan tarif elektrik tidak bebankan rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan, kenaikan tarif elektrik tahun depan tidak akan membebankan rakyat majoriti, sebaliknya ia hanya melibatkan golongan atasan.
Sebatan di khalayak: Hukuman 6 sebatan selesai dalam tempoh 2 minit
Pesalah khalwat berulang selasai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, pada Jumaat.
[TERKINI] PM Anwar bertemu Thaksin, bincang pelbagai isu kritikal serantau
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan membincangkan pelbagai isu kritikal serantau.
Kerja pembersihan tumpahan minyak sawit di Lebuhraya Karak selesai - LUAS
Kerja pembersihan tumpahan minyak susulan insiden kemalangan lori di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur selesai dilaksanakan malam tadi.
Saham TNB: Melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
Runtuhan sepanjang 50 meter dikesan di tebing Sungai Kelantan - Polis
Satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter berlaku di tebing Sungai Kelantan berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama di sini hari ini.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Tanah runtuh: 14 penduduk Kampung Laloh diarah pindah segera
Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut sudah tidak selamat untuk diduduki.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.