HULU SELANGOR: Terdapat dua aliran air dikesan di lokasi kejadian sebelum tanah runtuh berlaku.
Demikian jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media sebentar tadi.
Jelasnya, bagaimanapun siasatan akan diteruskan oleh pihak berwajib.
“Saya dimaklumkan terdapat dua aliran air di bawah tanah, ini dapatan awal pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak Jabatan Tanah dan Galian.
"Bagi pihak kerajaan, kami ingin meminta kepada semua, pada musim cuti sekolah ini mana-mana kem perkhemahan sama ada di atas bukit atau tepi sungai agar dapat mengosongkan (premis) sementara waktu,” jelasnya.
Tambah Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, rakyat perlu mengelakkan daripada bercuti di kawasah berbahaya agar kejadian sama tidak berulang.
“Di sungai-sungai umpamanya... walaupun sekarang selamat tetapi MetMalaysia menjangkakan hujan lebat akan bermula esok.
“Hujan lebat yang berlaku akan mengakibatkan aliran arus sungai dari kepala air akan melanda kawasan pertengahan dan hulu sungai.
“Maka, belajar daripada apa yang dialami di sini. Saya harap ibu bapa, guru-guru, murid-murid yang ingin bercuti, saya nasihatkan agar kosongkan tempat itu bagi menentukan tidak ada lagi kejadian seperti ini berlaku.
“Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat akan terus memantau bersama ketua agensi di tempat ini dan kita akan memaklumkan pihak media,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat lokasi kejadian pada Jumaat.
Ahmad Zahid meluangkan masa kira-kira satu jam mendengar taklimat dari Pasukan Mencari dan Menyelamat.
Fareez Azman
Fri Dec 16 2022
![Tanah runtuh Batang Kali: Dua aliran air dikesan di lokasi kejadian - TPM Tanah runtuh Batang Kali: Dua aliran air dikesan di lokasi kejadian - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671193246_ZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid mengingatkan rakyat agar mengelakkan daripada bercuti di kawasah berbahaya agar kejadian sama tidak berulang.
![Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025 Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677759533_AeroTrainAerotrai.jpg)
Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025
Langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Jan, 2025.
![Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720530545_EmpanganMUDA.jpg)
Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya
Lima lagi empangan menunjukkan baki stok simpanan air mentah semasa berada pada paras amaran.
![Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721186039_tbpekerjawargaasin.jpg)
Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing
Seramai 69 warga Indonesia dan Bangladesh termasuk lapan wanita berusia dalam lingkungan 24 hingga 60 tahun diperiksa.
YB Kinabatangan mahu bawa 'tour' ke kawasan miskin tegar
"Saya rela bawa YB dua tiga hari, kita 'tour' di kawasan miskin tegar. Biar YB nampak keparat macam mana corak kemiskinannya. Jalan raya tiada, elektrik tiada ,air tiada," kata YB Kinabatangan.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719399897_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah
Anwar berkata inisiatif tersebut perlu dilakukan bagi meningkatkan minat pelajar kepada Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang dilaporkan semakin berkurangan sekarang.
![Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719741220_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.
10 daerah termiskin, lapan daripadanya adalah di Sabah
Menteri Ekonomi perincikan 10 daerah termiskin di Malaysia dan lapan daripadanya adalah di Sabah. Ia termasuk Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Tuaran, Ranau dan Lahad Datu.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721056502_tbNurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
![Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692355642_DCA.jpg)
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
![Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718952637_MAHB.jpg)
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
![60 hilang 2 bas jatuh sungai akibat tanah runtuh 60 hilang 2 bas jatuh sungai akibat tanah runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720772112_Nepal.jpg)
60 hilang 2 bas jatuh sungai akibat tanah runtuh
Sekurang-kurangnya 60 orang dipercayai hilang di Nepal selepas dua bas dihanyutkan ke sungai susulan tanah runtuh di lebuh raya pada Jumaat.
![Tanah runtuh di lombong emas ragut 10 nyawa, 43 hilang Tanah runtuh di lombong emas ragut 10 nyawa, 43 hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720499997_lombongemastanah.jpg)
Tanah runtuh di lombong emas ragut 10 nyawa, 43 hilang
Tanah runtuh yang berlaku di sebuah lombong emas di Bone Bolango, wilayah Gorontalo, Sulawesi, Indonesia pada Ahad dilaporkan mengorbankan 10 nyawa, dengan 43 individu masih belum ditemui.
![6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas 6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720409323_tambangemas.jpg)
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
![Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720314538_Flood.jpg)
Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
![Hujan lebat di China semakin memburuk Hujan lebat di China semakin memburuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720230373_FloadHebei.jpg)
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
![Banjir di Sabah semakin pulih, empat PPS ditutup Banjir di Sabah semakin pulih, empat PPS ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720003853_BanjirPenampang.jpg)
Banjir di Sabah semakin pulih, empat PPS ditutup
Banjir melanda Penampang, Putatan, Tuaran dan Tamparuli semakin pulih dengan semua empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi sejak Ahad ditutup petang ini.
![Jalan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini Jalan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719834563_JalanBatangKaliGe.jpg)
Jalan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini
Kerja pembaikan cerun di laluan itu sepatutnya siap pada Mac lepas namun berlaku sedikit kelewatan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
![Runtuhan susulan berlaku di kaki Gunung Kinabalu Runtuhan susulan berlaku di kaki Gunung Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719222076_Runtuhan.jpg)
Runtuhan susulan berlaku di kaki Gunung Kinabalu
Runtuhan kecil yang berlaku pada jam 8.50 pagi itu menyebabkan warna air berubah menjadi keruh di sungai tersebut.
![Tanah runtuh di Gunung Kinabalu Tanah runtuh di Gunung Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719207321_TanahruntuhGunung.jpg)
Tanah runtuh di Gunung Kinabalu
Kejadian dipercayai berlaku jam 1.20 pagi namun tidak melibatkan sebarang mangsa.
![Jutaan terperangkap banjir landa timur laut Bangladesh Jutaan terperangkap banjir landa timur laut Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718942794_downpour.jpg)
Jutaan terperangkap banjir landa timur laut Bangladesh
Sheikh Russel Hasan, Timbalan Pesuruhjaya dan Majistret daerah di Sylhet berkata, "sekitar 1 juta orang terjejas banjir hanya di daerah Sylhet".