KUALA TERENGGANU: Bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Persiaran Tunku Syed Sirajuddin, Kuala Lumpur yang ditutup susulan kejadian tanah runtuh pada April disahkan selamat untuk diduduki.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, runtuhan berpunca daripada insiden paip bawah tanah yang pecah sekali gus tidak membabitkan bangunan itu.
Katanya, runtuhan tanah itu hanya membabitkan laluan ke bangunan akademi terbabit.
"Kerja sementara termasuk menaikkan tanah yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di lokasi kejadian sudah siap dilakukan.
"Kita akan memulakan kerja utama termasuk membaik pulih laluan dan memperbaiki beberapa kerosakan termasuk pondok keselamatan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Terengganu (PKMMT) kali ke-47 di sini, hari ini.
Pada 25 April lalu, kira-kira 70 individu di dua blok bangunan MACA diarah meninggalkan bangunan itu susulan kejadian tanah runtuh pada 1 tengah hari di hadapan pintu masuk bangunan berkenaan.
Astro Awani
Sun May 28 2023
Abdul Rahman berkata, runtuhan berpunca daripada insiden paip bawah tanah yang pecah sekali gus tidak membabitkan bangunan itu. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tanah runtuh: Bangunan Akademi SPRM disah selamat diduduki
Bangunan MACA di Kuala Lumpur yang ditutup susulan kejadian tanah runtuh pada April disahkan selamat untuk diduduki.
Tanah runtuh dekat bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, 76 terselamat
Satu kejadian tanah runtuh di cerun bukit melibatkan kawasan seluas 1,115 meter persegi berhampiran bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jalan Duta di sini, pada Selasa.