Cadangan UDA Holdings Berhad (UDA Holdings) supaya kerajaan membenarkan Tanah Rizab Melayu (TRM) dipajakkan kepada bukan Melayu untuk meningkatkan kebolehpasaran tanah tidak dapat dilaksanakan buat masa ini ekoran sekatan dalam Enakmen Rizab Melayu Negeri-Negeri.
Menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), enakmen itu menyekat sebarang pelupusan sama ada dalam bentuk pajakan atau pindah milik kepada bukan Melayu, dan ia perlu dipinda jika kerajaan mahu melaksanakan cadangan berkenaan.
"Namun begitu, kaedah penyewaan tanah boleh diguna pakai tetapi tertakluk kepada tempoh tidak melebihi tiga tahun selaras peruntukan yang dinyatakan dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan peruntukan Enakmen Rizab Melayu Negeri masing-masing," menurut kenyataan itu merujuk kepada cadangan UDA Holdings berhubung rancangan syarikat itu untuk membangunkan TRM.
Kementerian itu turut menjelaskan bahawa Kanun Tanah Negara 1965 tidak menghalang TRM kategori pertanian untuk dibangunkan melalui proses pecah bahagi kepada lot-lot yang lebih kecil bagi meningkatkan nilai tanah orang Melayu, namun ia tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Mengenai kelonggaran daripada segi syarat pemilikan, Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan 'Tanah Simpanan Melayu' sebagai tanah yang disimpan untuk diberi hak milik kepada orang Melayu atau kepada anak negeri bagi negeri tempat terletaknya tanah itu.
"Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan tafsiran 'Melayu' dalam Enakmen Rizab Melayu Negeri-Negeri. Dalam hal ini mengenal pasti siapakah yang diiktiraf sebagai 'Melayu' dalam setiap Enakmen Rizab Melayu adalah penting bagi mengenal pasti siapakah yang dibenarkan berurusan dengan TRM ini.
"Kelonggaran juga tertakluk kepada peruntukan yang ada dalam Enakmen Rizab Melayu Negeri masing-masing," menurut kenyataan itu.
Berdasarkan semakan kementerian, negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang mengguna pakai Enakmen Rizab Melayu (FMS Cap 142), sementara Kelantan, Kedah, Perlis, Johor serta Terengganu mempunyai Enakmen Rizab Melayu masing-masing manakala tiada Enakmen Rizab Melayu di Pulau Pinang dan Melaka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2018
![Tanah Rizab Melayu tidak boleh dipajakkan kepada bukan Melayu Tanah Rizab Melayu tidak boleh dipajakkan kepada bukan Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/71470135004_NRE.jpg)
Menurut NRE, enakmen itu menyekat sebarang pelupusan sama ada dalam bentuk pajakan atau pindah milik kepada bukan Melayu.
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647267418_Reconstructionofth.jpg)
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Tawaran pengambilalihan MAHB dimuktamad suku ketiga 2024 - MOF
Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![Masa depan industri perhubungan awam di Malaysia: Memperkukuh kepercayaan dan keterlibatan melalui integriti dan inovasi Masa depan industri perhubungan awam di Malaysia: Memperkukuh kepercayaan dan keterlibatan melalui integriti dan inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721096314_MohdSaidBaniCM.jpg)
Masa depan industri perhubungan awam di Malaysia: Memperkukuh kepercayaan dan keterlibatan melalui integriti dan inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
Jiwa SME: Kejayaan lebih 30 tahun dalam industri penternakan kambing
Osman Goat Farm, yang dimiliki oleh Osman Cheya Kutty dari Johor Bahru, telah bertahan lebih dari tiga dekad dalam industri penternakan. Dengan dedikasi dan inovasi, Osman Goat Farm telah membuktikan bahawa kesungguhan dan strategi yang tepat adalah kunci kejayaan dalam industri penternakan. Produk berkualiti tinggi dan teknologi terkini terus menjadi asas kepada kejayaan.
![PN tekad tingkatkan sokongan dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera - Muhyiddin PN tekad tingkatkan sokongan dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709982998_konvensyenPnperik.jpg)
PN tekad tingkatkan sokongan dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera - Muhyiddin
Perikatan Nasional perlu meningkatkan lagi usaha untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu dan Bumiputera, terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
![Muktamar Pas: Penyatuan ummah tak jejas hak bukan Melayu - Abdul Hadi Muktamar Pas: Penyatuan ummah tak jejas hak bukan Melayu - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693134884_HadiAwang.jpg)
Muktamar Pas: Penyatuan ummah tak jejas hak bukan Melayu - Abdul Hadi
Ini termasuk, katanya mengajak orang bukan Islam yang tidak ekstrem mengikut acuan Sirah Nabawiyah.
![Kaum lain tidak perlu takut dengan GTA - Dr Mahathir Kaum lain tidak perlu takut dengan GTA - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661576633_TBTUNM.jpg)
Kaum lain tidak perlu takut dengan GTA - Dr Mahathir
Jelas bekas Perdana Menteri itu, Melayu sanggup berkongsi negara dengan orang lain, tetapi perkongsian tersebut perlu adil.
![Keperibadian Tan Sri Arshad jadikan Melayu sedia kuasai bahasa Inggeris - Sultan Perak Keperibadian Tan Sri Arshad jadikan Melayu sedia kuasai bahasa Inggeris - Sultan Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61578982044_SultanPerak.jpg)
Keperibadian Tan Sri Arshad jadikan Melayu sedia kuasai bahasa Inggeris - Sultan Perak
Titah baginda, ia termasuk kaedah pengajaran yang dapat memberikan nilai tambah dan membantu penguasaan ilmu.
![Putra fokus di Selangor, Perak bagi memenangi PRU15 - Ibrahim Ali Putra fokus di Selangor, Perak bagi memenangi PRU15 - Ibrahim Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51557379674_IbrahimAli.jpg)
Putra fokus di Selangor, Perak bagi memenangi PRU15 - Ibrahim Ali
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata kedua-dua kawasan berkenaan dikategorikan sebagai 'kawasan kritikal' berikutan parti bukan Melayu dilihat lebih banyak mendominasi pemerintahan negeri.
![DBP ambil pendekatan inklusif martabatkan Bahasa Melayu - Ketua Pengarah DBP ambil pendekatan inklusif martabatkan Bahasa Melayu - Ketua Pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41538178993_DewanBahasa.jpg)
DBP ambil pendekatan inklusif martabatkan Bahasa Melayu - Ketua Pengarah
Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata pada masa ini DBP dilihat terlalu eksklusif untuk orang Melayu dan seolah-olah menutup pintu kepada orang bukan Melayu.
![Menteri galak lebih ramai bukan Melayu sertai ILP Menteri galak lebih ramai bukan Melayu sertai ILP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81538875562_Konvo.jpg)
Menteri galak lebih ramai bukan Melayu sertai ILP
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata buat masa ini hanya kira-kira lima peratus kaum bukan Melayu mengikuti pengajian di ILP sementara selebihnya adalah kaum Melayu.
![Pas diingatkan hati-hati berbaik dengan UMNO Pas diingatkan hati-hati berbaik dengan UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/61537049959_lauchinchua.jpg)
Pas diingatkan hati-hati berbaik dengan UMNO
Lau Chin Chua berkata UMNO baru sahaja hadir tetapi DHPP sudah lama bersama-sama dalam mempertahankan PAS di beberapa kawasan serta menarik penyokong bukan Melayu pada pilihan raya sebelum ini.
![Tanah Rizab Melayu tidak boleh dipajakkan kepada bukan Melayu Tanah Rizab Melayu tidak boleh dipajakkan kepada bukan Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/71470135004_NRE.jpg)
Tanah Rizab Melayu tidak boleh dipajakkan kepada bukan Melayu
Cadangan UDA Holdings supaya kerajaan membenarkan Tanah Rizab Melayu dipajakkan kepada bukan Melayu untuk meningkatkan kebolehpasaran tanah tidak dapat dilaksanakan buat masa ini.