SHAH ALAM: Status tanah milik keluarga pelakon Ammar Baharin di Semenyih yang dipindah milik kepada orang lain tanpa pengetahuan telah diratifikasi semula, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata kes seumpama itu direkodkan telah berlaku beberapa kali sebelum ini, antaranya disebabkan kaedah perekodan secara manual yang digunakan pihak berkaitan urusan tanah.
"Saya belum dapat laporan rasmi berhubung perkara itu tetapi berdasarkan maklumat yang saya dapat, tanah milik keluarga pelakon Ammar Baharin itu sudah diratifikasi kembali.
"Saya tegaskan bahawa ini bukan kes pertama kali dan kebanyakan kes yang berlaku adalah disebakan perekodan yang dibuat secara manual sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) di sini hari ini.
Ammar Baharin sebelum ini dilaporkan menuntut penjelasan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor berhubung kes tanah milik keluarganya yang terletak di Semenyih dikesan dikeluarkan geran kepada orang lain secara tidak sah.
Pelakon berkenaan turut mempersoalkan pihak yang meluluskan geran kedua untuk individu lain selain bayaran penjualan tanah itu diberi kepada siapa sedangkan cukai tanah dibayar oleh ibunya.
Amirudin berkata beliau yakin kes melibatkan keluarga pelakon terbabit dapat ditangani dengan baik dan pihaknya akan memaklumkan kepada Ammar Baharin berhubung status tanah itu yang telah diratifikasi kembali.
Menurutnya dalam tempoh 10 tahun beliau bergelar Exco hingga menjadi menteri besar, terdapat lebih lima kes yang serupa berlaku iaitu tanah yang sudah dimiliki secara sah, diberikan kepada orang lain.
Beliau berkata disebabkan isu pertukaran hak milik tanah yang berlaku itu kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian yang besar.
"... tetapi dengan sistem pemilikan e-tanah yang diguna pakai oleh kerajaan sekarang, kita percaya kes-kes seperti ini dapat dielakkan ataupun boleh ditangani di peringkat awal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
Amirudin (kanan) berkata kes yang dihadapi keluarga Ammar itu telah berlaku beberapa kali sebelum ini, antaranya disebabkan kaedah perekodan secara manual yang digunakan pihak berkaitan urusan tanah. - Sinar Harian/FB Ammar Baharin
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
Tanah milik keluarga Ammar Baharin yang dipindah milik diratifikasi semula - Amirudin
Kes seumpama itu direkodkan telah berlaku beberapa kali sebelum ini, antaranya disebabkan kaedah perekodan secara manual yang digunakan pihak berkaitan urusan tanah.
Kurang 10 peratus peneroka Felda Pahang belum terima suratan hak milik tanah
Penyerahan hak milik tersebut akan dilaksanakan kelak dengan kerjasama daripada pihak Felda supaya ia dapat diselesaikan dengan sempurna.
PRN Sarawak: Lapan kerusi Bidayuh harus dipertahan - Miro Simuh
Lapan kerusi tersebut masing-masing adalah Opar, Tasik Biru, Serembu, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup serta Bukit Semuja.
Petronas tegaskan pemilikan tanah di Sudan diperoleh secara sah
Petronas menegaskan hak milik tanah yang turut menempatkan Kompleks Petronas di Khartoum, Sudan, telah diperoleh secara sah.
Perak umum RM500,000 kepada Felda Zon Trolak tangani masalah ulat
Kerajaan negeri Perak hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada Felda Zon Trolak, Sungkai, di sini, bagi menjalankan kerja-kerja pencegahan pembasmian ulat pemakan daun sawit yang dihad
Pemberian hak milik kekal tanah terkandung dalam manifesto PH
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari berpendapat tidak wujud sebarang desakan berkaitan isu status hak milik tanah 999 tahun kampung-kampung
Sarawak perkenal dasar baharu penempatan semula
Sarawak memperkenalkan dasar baharu penempatan semula bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang terpaksa berpindah ke kawasan baharu bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.