BERA: Hanya kurang 10 peratus atau 3,674 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Pahang yang belum menerima suratan hak milik tanah setakat ini.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata penyerahan hak milik tersebut akan dilaksanakan kelak dengan kerjasama daripada pihak Felda supaya ia dapat diselesaikan dengan sempurna.
"Seramai 39,452 daripada 43,126 peneroka telah menerima suratan hak milik tanah masing-masing. Saya mohon kerjasama daripada Felda untuk menggembleng tenaga bersama jentera pentadbiran kerajaan negeri bagi memastikan semua peneroka Felda di Pahang ini memperoleh hak milik tanah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Peneroka Felda 2022 yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Felda Rentam di sini hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengerusi Felda Tan Sri Idris Jusoh dan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Sulong Jamil Mohamed Shariff.
Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata beliau akan menyerahkan suratan hak milik tanah kepada 712 peneroka di Felda Bukit Sagu 1, 2 dan 3 dalam masa terdekat.
Sementara itu, beliau memaklumkan sebanyak 1,154 unit rumah di bawah Program Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) telah disiapkan dan diserahkan kepada pemohon, manakala lebih 2,000 unit rumah lagi masih dalam peringkat pembinaan.
Dalam pada itu, Wan Rosdy menghargai usaha Felda yang mula melunaskan bayaran hutang susulan kerajaan negeri telah meluluskan 683 permohonan pemberian milikan tanah di dalam kawasanAkta Kawasan Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 kepada Felda, meliputi kawasan seluas kira-kira 3,927 hektar.
"Asalnya tuntutan ini lebih kurang RM86.39 juta, bagaimanapun selepas beberapa kali rayuan dibuat oleh pihak Felda, kerajaan negeri bersetuju memberi pengurangan 30 peratus terhadap jumlah hutang tersebut.
"Setakat ini, pihak Felda telah menjelaskan bayaran sebanyak RM28 juta dan baki hutang yang tertunggak kira-kira RM35 juta yang atas persetujuan bersama akan dilangsaikan sepenuhnya pada November tahun ini," kata Wan Rosdy.
WAN-ROSDY 3 (AKHIR) BERA
Menurutnya tuntutan tersebut penting supaya kerajaan negeri dapat meningkatkan perolehan hasil negeri, sekali gus memastikan lebih banyak pembangunan, bantuan dan inisiatif dapat disalurkan kepada rakyat.
Menyentuh mengenai sambutan hari peneroka Felda, beliau berkata Pahang mempunyai sejarah dan keistimewaan tersendiri apabila tanah rancangan Felda yang pertama di negara ini dibuka pada 1958, iaitu di Lurah Bilut, Bentong.
Lebih membanggakan, Pahang merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai tiga Wilayah Felda iaitu Felda Wilayah Kuantan, Felda Wilayah Jengka dan Felda Wilayah Mempaga yang secara keseluruhan seluas 203,013.24 hektar dan dihuni lebih 43,000 peneroka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022
![Kurang 10 peratus peneroka Felda Pahang belum terima suratan hak milik tanah Kurang 10 peratus peneroka Felda Pahang belum terima suratan hak milik tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649846904_WANROSDYWANISMAIL.jpg)
Wan Rosdy berkata, penyerahan hak milik tersebut akan dilaksanakan kelak dengan kerjasama daripada pihak Felda supaya ia dapat diselesaikan dengan sempurna. - Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Tanah milik keluarga Ammar Baharin yang dipindah milik diratifikasi semula - Amirudin Tanah milik keluarga Ammar Baharin yang dipindah milik diratifikasi semula - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715173487_TBMASHUP.jpg)
Tanah milik keluarga Ammar Baharin yang dipindah milik diratifikasi semula - Amirudin
Kes seumpama itu direkodkan telah berlaku beberapa kali sebelum ini, antaranya disebabkan kaedah perekodan secara manual yang digunakan pihak berkaitan urusan tanah.
![Kurang 10 peratus peneroka Felda Pahang belum terima suratan hak milik tanah Kurang 10 peratus peneroka Felda Pahang belum terima suratan hak milik tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649846904_WANROSDYWANISMAIL.jpg)
Kurang 10 peratus peneroka Felda Pahang belum terima suratan hak milik tanah
Penyerahan hak milik tersebut akan dilaksanakan kelak dengan kerjasama daripada pihak Felda supaya ia dapat diselesaikan dengan sempurna.
![PRN Sarawak: Lapan kerusi Bidayuh harus dipertahan - Miro Simuh PRN Sarawak: Lapan kerusi Bidayuh harus dipertahan - Miro Simuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636523816_MiroSimuh.jpg)
PRN Sarawak: Lapan kerusi Bidayuh harus dipertahan - Miro Simuh
Lapan kerusi tersebut masing-masing adalah Opar, Tasik Biru, Serembu, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup serta Bukit Semuja.
![Petronas tegaskan pemilikan tanah di Sudan diperoleh secara sah Petronas tegaskan pemilikan tanah di Sudan diperoleh secara sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633610530_Petronas.jpg)
Petronas tegaskan pemilikan tanah di Sudan diperoleh secara sah
Petronas menegaskan hak milik tanah yang turut menempatkan Kompleks Petronas di Khartoum, Sudan, telah diperoleh secara sah.
![Perak umum RM500,000 kepada Felda Zon Trolak tangani masalah ulat Perak umum RM500,000 kepada Felda Zon Trolak tangani masalah ulat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51594160317_TanSriMuhyiddin.jpg)
Perak umum RM500,000 kepada Felda Zon Trolak tangani masalah ulat
Kerajaan negeri Perak hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada Felda Zon Trolak, Sungkai, di sini, bagi menjalankan kerja-kerja pencegahan pembasmian ulat pemakan daun sawit yang dihad
![Pemberian hak milik kekal tanah terkandung dalam manifesto PH Pemberian hak milik kekal tanah terkandung dalam manifesto PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71534808105_ABDULAZIZ.jpg)
Pemberian hak milik kekal tanah terkandung dalam manifesto PH
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari berpendapat tidak wujud sebarang desakan berkaitan isu status hak milik tanah 999 tahun kampung-kampung
![Sarawak perkenal dasar baharu penempatan semula Sarawak perkenal dasar baharu penempatan semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61484813906_AbangJohari.jpg)
Sarawak perkenal dasar baharu penempatan semula
Sarawak memperkenalkan dasar baharu penempatan semula bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang terpaksa berpindah ke kawasan baharu bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.