KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini menegaskan bahawa hak milik tanah yang turut menempatkan Kompleks Petronas di Khartoum, Sudan, telah diperoleh secara sah mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Dalam penjelasan bertulis sebagai menjawab pertanyaan Bernama mengenai perkembangan berhubung hasrat kerajaan peralihan Sudan untuk merampas tanah tersebut, Petronas berkata ia kini bekerjasama dengan Kementerian Luar Malaysia bagi menggunakan semua saluran diplomatik dengan pihak berkuasa Sudan dalam usaha meleraikan isu berkaitan.
"Oleh kerana tiada sebarang perkembangan positif setakat ini, Petronas telah bertindak memfailkan permohonan arbitrasi (timbang tara) di Pusat Antarabangsa Bagi Penyelesaian Pertikaian Pelaburan (ICSID) berhubung perkara tersebut.
"Petronas tidak dapat mengulas lanjut mengenainya memandangkan proses undang-undang sudah pun diambil," kata syarikat minyak dan gas negara itu.
Menurut laporan media Daily Sabah pada 5 Oktober lepas, kerajaan peralihan Sudan berhasrat merampas aset-aset milik Petronas yang didakwa diperoleh secara tidak sah ketika pemerintahan bekas pemimpin Omar al-Bashir.
Susulan penggulingan al-Bashir, kerajaan peralihan itu bertindak meluluskan undang-undang serta membentuk Jawatankuasa Pemerkasaan Penyingkiran, Anti-Rasuah dan Pengambilan Semula Wang yang dipertanggungjawabkan untuk meneliti semula perjanjian serta mendapatkan semula aset-aset yang didakwa telah diperoleh secara tidak sah di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.
Laporan itu yang memetik sumber-sumber, berkata setakat ini tiada sebarang maklumat dikongsi dengan pihak berkuasa Malaysia yang melibatkan dakwaan salah laku rasuah oleh a-Bashir berkaitan aktiviti-aktiviti di Malaysia.
Media itu melaporkan, tanah yang menempatkan Kompleks Petronas Sudan (PSC) telah diperoleh serta didaftarkan di bawah Nada Properties Co Ltd (NPCL) yang juga anak syarikat Petronas di Sudan.
Bagaimanapun, Sudan telah bertindak memindahkan pemilikan NPCL kepada Kementerian Kewangan negara tersebut dan "menafikan hak Petronas sebagai pemilik sah syarikat itu," kata laporan itu.
Malah, menurut Daily Sabah, pelabur-pelabur asing lain di Sudan termasuk dari Pakistan, Qatar dan Turki turut mengalami keadaan sama.
Petronas telah beroperasi di Sudan selama lebih 20 tahun serta turut membantu negara berkenaan untuk muncul sebagai negara pengeksport minyak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 07 2021
Petronas telah beroperasi di Sudan selama lebih 20 tahun serta turut membantu negara berkenaan untuk muncul sebagai negara pengeksport minyak.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Musim perayaan: Diskaun servis kereta hingga 30 peratus di Petronas AutoExpert - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) komited memperkenalkan Servis Ihsan MADANI@ Petronas AutoExpert atau SIM@PAX.
Bursa Malaysia akhiri peningkatan sesi awal untuk ditutup rendah
Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.
Pemotongan capex Petronas tidak jejas Swift Energy, pelbagaikan aliran pendapatan
Swift Energy telah mempelbagaikan aliran hasil dengan pergantungan seimbang pada minyak dan gas, minyak makan dan utiliti.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.65 mata kepada 1,626.49 daripada 1,628.14 pada Jumaat lepas.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.