SERDANG: Polis akan mengawal ketat dan melakukan rondaan berkala di premis perniagaan sekitar lokasi tanah mendap di Jalan LP 1A/2, Seri Kembangan di sini semalam bagi mengelakkan kejadian jenayah.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A. Anbalagan berkata kawalan itu adalah sebagai langkah memastikan tiada berlaku sebarang kejadian 'pecah kedai' dan kecurian, sepanjang premis-premis terbabit ditutup susulan bencana itu.
Beliau berkata selain polis, agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Rela, turut membantu menjaga keselamatan kawasan berkenaan.
"Kejadian mendapan tanah di lokasi berkenaan diklasifikasikan sebagai bencana, maka polis telah menetapkan beberapa agensi penguatkuasa untuk membantu memastikan kawasan itu selamat dan terjamin," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mengulas mengenai kerja membaik pulih kawasan mendapan tanah itu, Anbalagan berkata pihak berkuasa tempatan sedang mencari solusi jangka masa panjang membaik pulih kawasan itu, memandangkan pemasangan cerucuk besi yang dilakukan di tebing longkang berhampiran adalah sementara.
Dalam kejadian pada pukul 6.38 petang semalam, tanah runtuh berhampiran longkang besar di Jalan LP 1A/2, telah menyebabkan lima buah kenderaan rosak teruk.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022
Selain polis, agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Rela, turut membantu menjaga keselamatan kawasan berkenaan. - Gambar/ Astro AWANI
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Lubang enam meter di Jalan Lojing-Gua Musang sedang dibaiki - Polis
Sebuah lubang sedalam enam meter yang berlaku di Jalan Lojing-Gua Musang di Kampung Jekjok, Pos Brooke, di sini sedang dibaiki, kata Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo.
Laluan di NKVE ditutup akibat tanah mendap
Polis mengesahkan lorong kecemasan dan separuh lorong kiri di Kilometer (KM) 18.6 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) arah selatan ditutup sementara bagi kerja-kerja pembaikan.
Tanah mendap: Longkang berlubang punca hakisan, MPAJ laksana kerja pembaikan
Kejadian longkang berlubang dikenal pasti sebagai punca berlaku hakisan yang seterusnya menyebabkan mendapan di salah sebuah rumah di Blok D, Flat PKNS Taman Keramat Permai di sini.
Penduduk Flat PKNS Taman Keramat Permai risau tanah mendap terus berlaku
Koridor tingkat bawah di bahagian belakang sebuah unit rumah di blok D flat berkenaan, mendap sepanjang hampir dua meter.
Tanah mendap di kuarters sekolah, lapan keluarga dipindahkan
Tanah mendap di kuarters sekolah, lapan keluarga dipindahkan
Jambatan Sungai Musah ditutup kepada orang ramai
Kerosakan jambatan sepanjang 166 meter dan selebar 11.2 meter itu dikesan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
Tanah mendap: Laluan dibuka semula, patuhi had laju - ANIH Berhad
ANIH Berhad turut menasihati pengguna jalan raya agar mematuhi had laju yang ditetapkan dan berhati-hati semasa memandu di kawasan tersebut.
Tanah mendap: Laluan arah Kuantan dibuka
Sebahagian laluan KLK yang ditutup sepenuhnya akibat tanah mendap di KM66.1 bermula malam Selasa, dibuka semula bagi arah Timur.
Tanah mendap di Iskandar Puteri, jalan alternatif siap dibina
Jalan alternatif sepanjang satu kilometer itu telah siap dan dibuka kepada orang ramai mulai 11.40 pagi tadi.
Tanah mendap di KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak, laluan ditutup sementara
Laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak arah timur dan barat ditutup sementara susulan kejadian tanah mendap di Kilometer 66.1 lebuh raya tersebut.