Tinjauan Bernama di lokasi mendapati seawal 8 pagi pihak berkuasa terlibat dilihat mengadakan perbincangan dan penugasan untuk melaksanakan SAR berkenaan.
Difahamkan anak kepada wanita berkenaan yang dikenali sebagai Surya, 26, berada di lokasi pencarian kira-kira pukul 9 pagi, bagi mengikuti perkembangan operasi.
Tinjauan di sekitar kawasan insiden turut mendapati kebanyakan premis perniagaan masih ditutup dan hanya segelintir peniaga memulakan operasi setakat 9 pagi tadi, dan hampir 50 petugas media sudah berada di lokai seawal pukul 8 pagi untuk mengikuti perkembangan lanjut pencarian.
Dalam kejadian Jumaat lepas, Vijayaletchumy yang berada dalam negara ini bersama keluarga untuk melancong, dikatakan dalam perjalanan ke sebuah kuil berhampiran apabila beliau terjatuh ke dalam lubang berkenaan dan terus hilang.
-- BERNAMA