Namun begitu, pihak media yang mula tiba di kawasan itu jam 11 pagi tidak dibenarkan masuk ke premis berkenaan atas faktor keselamatan.
Tinjauan Astro AWANI juga mendapati tiga buah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada di lokasi.
Operasi SAR wanita terbabit jerlus memasuki hari ketiga hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sulizmie Affendy berkata operasi dihentikan pada 7 malam tadi dan bersambung semula pada 9 pagi ini.
Menurut beliau, pencarian di dua lurang kumbahan (manhole) terakhir telah dilakukan namun pihaknya tidak menemui sebarang petunjuk.
Namun begitu, pihaknya tidak menghentikan pencarian sehingga mangsa ditemui.
Operasi pencarian wanita warga India terbabit tertumpu pada enam lurang kumbahan di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Bank Pertanian berhampiran Lebuh Pasar, dan Jalan Kinabalu.
Pencarian dilakukan di sepanjang saluran kumbahan itu yang akan berakhir di Loji Rawatan Kumbahan IWK Pantai Dalam.