KUALA LUMPUR: Pasar malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) ditutup hari ini susulan kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, pagi semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya memaklumkan program santai seni yang dijadualkan pada esok hari (25 Ogos) di Lorong TAR, juga ditunda.

"Langkah tersebut diambil bagi memberi laluan kepada usaha mencari mangsa yang masih belum ditemukan.

"Langkah ini juga diambil kerana mengambil kira faktor keselamatan para peniaga pasar malam," menurut DBKL dalam kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan mangsa tanah jerlus merupakan seorang pelancong wanita dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dikhuatiri tertimbus selepas terjatuh dalam lubang benam sedalam lapan meter pada kejadian 8.22 pagi.

-- BERNAMA