KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menjalankan siasatan serta menentukan nasib jurulatih bola tampar yang menampar dua pemain pelajar wanita baru-baru ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata pihaknya akan memantau siasatan bersama KBS walaupun jurulatih terbabit telah tampil memohon maaf dan ibu bapa pelajar berkenaan telah memaafkan individu berkenaan.
"Menteri KBS Hannah Yeoh dan Menteri KPM Fadhlina Sidek akan sentiasa memantau siasatan dan perkara ini tidak galakkan kerana banyak cara untuk mengenakan denda kepada pelajar-pelajar berkenaan," katanya ketika ditemui di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka di sini hari ini.
Beliau mengulas isu seorang jurulatih pasukan bola tampar wanita Melaka bawah 14 tahun (B-14) yang menampar dua pemainnya dalam satu kejohanan berlangsung di Johor pada 14 hingga 16 Sept 2022 lepas.
Terdahulu, Lim menghadiri Pertandingan Teater Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) membabitkan sembilan sekolah dari seluruh negara.
BACA: Tampar pemain: Jurulatih mohon maaf, sedia berdepan tindakan
BACA: Tampar pemain: Gantung jurulatih, tunggu keputusan MAVA dan KPM - Exco
Lim berkata program itu telah dilaksanakan sejak 2016 bertujuan mengetengahkan bakat pelajar SJKC yang secara langsung dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa kebangsaan melalui teater.
"Program ini dilaksanakan secara kerjasama dengan Persatuan Kebudayaan Han Malaysia (HAN), Dewan Bahasa dan Pustaka serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).
"Dengan pelaksanaan program sebegini ia sangat membantu memperkasa Bahasa Melayu di kalangan pelajar SJKC dan dapat membantu menambah perkataan Bahasa Melayu melalui skrip teater yang dibaca oleh pelajar yang terlibat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2023

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata pihaknya akan memantau siasatan bersama KBS walaupun jurulatih terbabit telah tampil memohon maaf dan ibu bapa pelajar berkenaan telah memaafkan individu berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Tular jurulatih tampar pemain: 'Ini tidak sepatutnya berlaku' - Hannah Yeoh
Tindakan jurulatih bola tampar berkenaan dilihat tidak wajar kerana akan meninggalkan kesan negatif buat pelajar-pelajar.