Tindakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak menampal pelekat dalam bahasa Cina di beberapa buah papan tanda jalan di sekitar bandar raya ini boleh dianggap sebagai perbuatan tidak peka dengan sentimen masyarakat majmuk di negeri ini.
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata perbuatan ini juga melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963.
"DAP tidak sepatutnya mengheret DBKU dalam (memenuhi kehendak agenda) politik mereka. Mereka tidak sepatutnya terikut-ikut dengan apa yang dilakukan (tanpa mengambil kira sensitiviti di antara kaum seperti) di Semenanjung Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sekumpulan ahli DAPSY Sarawak pada Khamis yang menampalkan pelekat dalam bahasa Cina pada beberapa papan tanda jalan di bandar raya ini atas alasan ia perlu diterjemahkan dalam bahasa itu untuk keperluan pelancong dari China.
Tindakan yang diketuai bekas Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan itu turut ditularkan di media sosial dan telah mengundang pelbagai komen daripada netizen.
Menurut Dr Abdul Rahman, tindakan itu dianggap vandalisme dan melanggar peraturan DBKU kerana ia tidak mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan itu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Fazzrudin Abdul Rahman menyifatkan tindakan DAPSY Sarawak ini sebagai sengaja untuk mengeksploitasikan isu bahasa yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.
Katanya, Pemuda PBB yakin semua rakyat di Sarawak yang terdiri dari pelbagai latar belakang kaum dan agama menyayangi bahasa dan budaya masing-masing tetapi pada masa yang sama perlu bersikap realistik dalam mempertahankan keharmonian kaum yang dinikmati selama ini.
"Budaya politik negatif sebegini sememangnya tidak diterima di Sarawak yang amat menghargai perpaduan," katanya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 20 2020

Abdul Rahman berkata, tindakan menampal pelekat dalam bahasa Cina itu dianggap vandalisme dan melanggar peraturan DBKU. -- BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

19 projek bekalan air impak tinggi dengan kos RM394.4 juta di Sibu
Daripada jumlah itu, 15 projek dibiayai kerajaan negeri manakala baki empat projek dibiayai Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Sarawak perlu kaji semula keputusan tolak vaksin AstraZeneca - Dr Abdul Rahman
Menteri Muda Hal Ehwal Islam Dan DBKU, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menggesa agar penggunaan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca dinilai semula di Sarawak.

Sarawak tubuh jawatankuasa bertindak pantau sumber daging
Satu jawatankuasa bertindak bersepadu akan ditubuhkan bagi mengukuhkan pemantauan terhadap hal-hal berkaitan sumber daging halal di Sarawak.

Tampal pelekat bahasa Cina: DBKU tuntut permohonan maaf daripada DAPSY
DBKU menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak yang menampal pelekat dalam bahasa Cina.

Tampal pelekat bahasa Cina - Tidak peka sentimen masyarakat majmuk
Abdul Rahman berkata, perbuatan ini juga melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963.

Hasrat miliki penyedia perkhidmatan internet untuk luaskan rangkaian
Katanya, negeri ini tidak boleh bergantung kepada syarikat telekomunikasi sedia ada semata-mata kerana keutamaan mereka adalah luas dan tidak tertumpu sepenuhnya kepada keperluan rakyat Sarawak.

SARES sinari penduduk tiga rumah panjang
Sarawak menyasarkan untuk mencapai elektrifikasi sepenuhnya menjelang tahun 2025 dan kini negeri itu telah mencapai liputan elektrik 24 jam.