Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak yang menampal pelekat dalam bahasa Cina di beberapa papan tanda jalan di sekitar bandar raya ini.
Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata pihaknya juga meminta kumpulan terbabit menurunkan pelekat tersebut dengan serta-merta.
"DBKU telah membuat laporan polis semalam (pukul 3 petang) di Balai Polis Sentral dan seterusnya memberikan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching berhubung isu berkenaan," katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.
Turut hadir Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Junaidi Reduan dan Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad.
Abdul Rahman berkata tindakan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 103 (3), Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996 kerana mencacatkan nama di papan tanda nama jalan dan juga Undang-undang Kecil PBT (Kebersihan) 1999 kerana salah laku terhadap harta benda milik pihak berkuasa tempatan atau kerajaan.
"Tidak kira apa pun motif, sama ada tersurat ataupun tersirat, DBKU berharap mana-mana pihak tidak mengulangi tindakan yang jelas berbentuk provokatif dan menjejaskan keharmonian kaum di bandar raya Kuching, DBKU juga berharap pihak terbabit akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini," tegas Abdul Rahman.
BACA: Tampal pelekat bahasa Cina - Tidak peka sentimen masyarakat majmuk
BACA: Pemimpin Amanah desak Pemuda DAP mohon maaf isu tampal tulisan Cina
Pada Khamis, sekumpulan ahli DAPSY Sarawak didapati menampal pelekat dalam bahasa Cina pada beberapa papan tanda jalan di bandar raya ini atas alasan ia perlu diterjemahkan dalam bahasa itu untuk keperluan pelancong dari China.
Tindakan diketuai bekas Ahli Parlimen Stampin Julian Tan yang tular di media sosial itu turut mengundang pelbagai komen netizen yang tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 21 2020

Sekumpulan ahli DAPSY Sarawak pada Khamis menampal pelekat dalam bahasa Cina pada beberapa papan tanda jalan di Kuching atas alasan ia perlu diterjemah dalam bahasa itu untuk keperluan pelancong dari China. - BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

19 projek bekalan air impak tinggi dengan kos RM394.4 juta di Sibu
Daripada jumlah itu, 15 projek dibiayai kerajaan negeri manakala baki empat projek dibiayai Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Sarawak perlu kaji semula keputusan tolak vaksin AstraZeneca - Dr Abdul Rahman
Menteri Muda Hal Ehwal Islam Dan DBKU, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menggesa agar penggunaan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca dinilai semula di Sarawak.

Sarawak tubuh jawatankuasa bertindak pantau sumber daging
Satu jawatankuasa bertindak bersepadu akan ditubuhkan bagi mengukuhkan pemantauan terhadap hal-hal berkaitan sumber daging halal di Sarawak.

Tampal pelekat bahasa Cina: DBKU tuntut permohonan maaf daripada DAPSY
DBKU menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak yang menampal pelekat dalam bahasa Cina.

Tampal pelekat bahasa Cina - Tidak peka sentimen masyarakat majmuk
Abdul Rahman berkata, perbuatan ini juga melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963.

Hasrat miliki penyedia perkhidmatan internet untuk luaskan rangkaian
Katanya, negeri ini tidak boleh bergantung kepada syarikat telekomunikasi sedia ada semata-mata kerana keutamaan mereka adalah luas dan tidak tertumpu sepenuhnya kepada keperluan rakyat Sarawak.

SARES sinari penduduk tiga rumah panjang
Sarawak menyasarkan untuk mencapai elektrifikasi sepenuhnya menjelang tahun 2025 dan kini negeri itu telah mencapai liputan elektrik 24 jam.