Kerajaan mahu tambah tenaga kerja tempatan dalam industri perkapalan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setakat ini lebih 40 peratus pekerja dalam industri berkenaan dijawat pekerja asing.
"Pelaut kita sekarang ada 20,000 orang tetapi, 7,000 daripada mereka adalah pelaut asing dan kita harap dapat latih lebih ramai pelaut tempatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Maritim Antarabangsa 2015 di sini hari ini.
Kementerian Pengangkutan akan bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Laut, dan Maritime Institute of Malaysia (MIMA) untuk menyediakan Pelan Induk Perkapalan Malaysia bagi merancak industri perkapalan Malaysia.
Pelan induk ini bukan sahaja untuk memantapkan daya saing industri tempatan, tetapi juga menambah baik infrastruktur di pelabuhan sedia ada.
"Kita akan mantapkan perhubungan antara pelabuhan dalam negara bagi memastikan industri logistik terus rancak.
"Kerajaan juga sambut baik inisiatif yang digerakkan kerajaan China dalam 'laluan sutera maritim' yang mana kita akan wujudkan sekutu pelabuhan dengan beberapa pelabuhan penting di China," katanya.
Dalam majlis sama, Liow turut menyampaikan 6 anugerah kepada penerima yang telah memberi sumbangan dalam sektor maritim Malaysia.
Antara anugerah yang disampaikan beliau ialah Anugerah Pusat Latihan Maritim Terbaik, Akademi Laut Malaysia (ALAM), Anugerah Syarikat Kapal Terbaik, Sealink Shipyard Sdn Bhd, Anugerah Pelabuhan Terbaik, Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd, dan Anugerah Syarikat Perkapalan Terbaik, MISC Berhad.
Selain itu, Anugerah Perkasa Maritim diberikan kepada Jasa Merin (Malaysia) Sdn Bhd manakala Anugerah Tokoh Pelaut Kebangsaan diberikan kepada Datuk Kapten Ahmad Suffian @ Qurnain Abdul Rashid.
Hilal Azmi
Fri Oct 30 2015
LIOW: Setakat ini lebih 40 peratus pekerja dalam industri berkenaan dijawat pekerja asing. -Gambar fail
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
Rasuah dalam industri perkapalan libatkan kes kecil
SPRM menerima maklumat melibatkan kesalahan seperti menerima dan memberi rasuah, salah guna kuasa dan kes berkenaan sedang disiasat.
Tambah tenaga kerja tempatan dalam bidang perkapalan - Liow
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setakat ini lebih 40 peratus pekerja dalam industri berkenaan dijawat pekerja asing.