CYBERJAYA: Kebanyakan kes rasuah dalam industri perkapalan yang dilaporkan kepada Rangkaian Anti-Rasuah Maritim melibatkan kes rasuah kecil dan kakitangan pangkat rendah, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Norazlan Mohd Razali.
"Walaupun begitu, ia bukan alasan untuk SPRM tidak melihat perkara itu dengan serius dan tidak memberi perhatian," katanya pada majlis penutup Simposium Antirasuah dengan Pemilik-Pemilik Kapal Malaysia di sini pada Khamis.
Beliau berkata SPRM menerima maklumat dan aduan melibatkan kesalahan seperti menerima dan memberi rasuah, salah guna kuasa dan kes berkenaan sedang disiasat.
Menekankan keperluan untuk meningkatkan tadbir urus dalam industri perkapalan, Norazlan berkata persepsi berhubung rasuah dalam industri itu adalah penting kerana ia juga memberi kesan kepada ekonomi negara.
Beliau berkata industri maritim yang merangkumi aktiviti pelabuhan, perkapalan dan pengangkutan marin menyumbang kira-kira 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia dan kira-kira 90 peratus eksport Malaysia adalah melalui jalan laut.
"Penting bagi semua pemain industri untuk menjaga bukan sahaja reputasi organisasi mereka sendiri, tetapi juga negara kira, serta mengelak daripada dianggap korup untuk kesejahteraan perniagaan mereka," katanya pada simposium bertajuk "Solidarity In the Maritime Industry: Fight Against Corruption" yang dianjurkan bersama MISC Bhd.
Norazlan turut mendedahkan MISC ialah syarikat perkapalan pertama di Malaysia layak untuk Skim Potongan Cukai Khas atas inisiatif pencegahan rasuahnya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemilik Kapal Malaysia Mohamed Safwan Othman ketika ditemui berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan SPRM untuk meningkatkan kesedaran tentang rasuah yang boleh menjejaskan industri perkapalan di Malaysia.
"Kita mengakui ada ketirisan dan rasuah dalam industri ini, namun tidak dilaporkan. Jumlah tersebut tidaklah banyak, namun (kes) masih ada," katanya dan menambah jumlah kes yang dilaporkan berada pada tahap minimum.
Menurutnya, antara kes yang dilaporkan ialah meminta sekarton rokok bagi mempercepat urusan di pelabuhan, serta kes penjualan minyak diesel kepada pihak ketiga di tengah lautan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
Norazlan menyampaikan ucapan penutup pada Majlis Simposium Antirasuah Bersama Pemilik-Pemilik Kapal Malaysia anjuran SPRM di Wisma MISC, Cyberjaya, 15 Jun 2023. --fotoBERNAMA
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Rasuah dalam industri perkapalan libatkan kes kecil
SPRM menerima maklumat melibatkan kesalahan seperti menerima dan memberi rasuah, salah guna kuasa dan kes berkenaan sedang disiasat.
Tambah tenaga kerja tempatan dalam bidang perkapalan - Liow
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, setakat ini lebih 40 peratus pekerja dalam industri berkenaan dijawat pekerja asing.