Penambahan Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) memastikan segala keperluan dan bantuan pendidikan pelajar cemerlang Orang Asli dapat disalurkan dengan lebih berkesan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia sekali gus membuktikan penekanan pihaknya dalam pembangunan pendidikan di kawasan luar bandar khususnya pelajar Orang Asli sendiri.
Jelasnya, PIPOA diwujudkan di negeri yang dikenal pasti mempunyai bilangan pelajar Orang Asli paling ramai dan penting dalam usaha mengurangkan masalah keciciran pelajaran.
"Kita mewujudkan PIPOA di Rompin, sekarang hanya ada satu di Rompin dan kita sedang menyiapkan di Terengganu dan kita ada perancangan untuk tambah dua lagi iaitu di perak dan di Johor
"Kalau kita lihat dari segi kejayaannya, dari 27 orang pelajar yang ambil peperiksan 26 daripadanya mendapat keputusan cemerlang," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Orang Asli 2016 di sini hari ini.
TONTON: Pusat Intelektual Orang Asli ditambah bilangannya
BACA: JAKOA Sedia kenderaan hantar murid Orang Asli pulang
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabaran Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Mohd Jamalludin Kasbi.
Seramai 183 pelajar Orang Asli menerima anugerah cemerlang di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Sehingga kini, PIPOA di Rompin, Pahang yang mula beroperasi pada tahun 2012 telah menerima kemasukan pelajar seramai 40 orang setiap tahun selain dapat menampung kapasiti seramai 100 orang pelajar.
Jelas Ismail lagi, PIPOA juga telah menerima kemasukan seramai 190 pelajar Orang Asli dan semua pelajar terpilih diberikan pendedahan awal serta latihan intensif bagi menghadapi peperiksaan PT3.
Tambahnya, PIPOA turut dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik bacaan, perpustakaan, asrama penginapan pelajar lelaki dan perempuan, dewan makan serta dewan serba guna.
"Hasilnya, 21 daripada 27 calon PT3 pada 2016 mendapat keputusan 5A ke atas. Ia menunjukkan keberkesanan program-program yang dianjurkan PIPOA," ujarnya.
Katanya lagi, kementeriannya telah meletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) kepada Jakoa supaya memastikan seramai 15 pelajar Orang Asli dihantar menyambung pengajian ke luar negara setiap tahun.
"Pada 2016, kementerian telah memilih 18 pelajar Orang Asli untuk melanjutkan pelajaran di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam pelbagai bidang.
"Sejak program penghantaran pelajar Orang Asli dari 2010 sehingga tahun lepas, seramai 72 orang pelajar telah dihantar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara," jelasnya.
Tegasnya, statistik keciciran di kalangan pelajar Orang Asli terutama di sekolah menengah juga menunjukkan penurunan iaitu daripada 27 peratus pada tahun 2012 kepada hanya 16.75 peratus pada tahun ini.
Anugerah Khas pelajar terbaik keseluruhan UPSR disandang Emiga A/P Bah Eak, pelajar terbaik keseluruhan PT3 Muhammad Luqman Hakim Mohd Junit, pelajar terbaik keseluruhan SPM Eleena Syuhada Amani Williams Hunt dan pelajar terbaik keseluruhan STPM Suraya A/P Sepit.
Sementara Anugerah PIBG cemerlang sekolah Orang Asli terbaik disandang SK Bukit Lanjan, Petaling Jaya Selangor dan Anugerah tokoh ibu bapa Orang Asli cemerlang (pendidikan) diumum milik Gayah Nihir.
Wan Syamsul Amly
Thu May 04 2017

Jelas Ismail lagi, PIPOA juga telah menerima kemasukan seramai 190 pelajar Orang Asli dan semua pelajar terpilih diberikan pendedahan awal serta latihan intensif bagi menghadapi peperiksaan PT3. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Keterbatasan internet cabaran sampai maklumat kerjaya sektor awam kepada Orang Asli
Hanya terdapat anggaran kurang daripada satu peratus masyarakat Orang Asli di seluruh negara terlibat secara langsung dalam sektor awam.

Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke
Pemilik kenderaan diminta supaya lebih peka terhadap pengumuman pemanggilan semula kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan terjamin ketika di jalan raya.

JAKOA peruntuk lebih RM200,000 untuk bantuan MTL
Ketika ini, 1,644 pembekalan bakul makanan telah dibuat manakala vendor yang dilantik telah bersiap siaga dan sentiasa di dalam mod bersedia.

72 kampung Orang Asli diwartakan di Perak setakat ini - Exco
Sebanyak 72 pewartaan kawasan yang melibatkan 99 Kampung Orang Asli (KOA) telah diwartakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Perak setakat ini.

MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir
JAKOA sudah bersiap sedia bagi menghadapi MTL yang bermula hari ini hingga Mac tahun depan bagi memastikan penduduk Orang Asli di kawasan berisiko terjejas banjir dapat diberi bantuan segera.

Mahkamah Rayuan benar 137 Orang Asli cabar penukaran agama
Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan agar saman sekumpulan 137 Orang Asli untuk membatalkan status agama Islam mereka, yang sebelum ini ditolak, dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi Kuantan.

JAKOA akan terus bantu, beri sokongan kepada keluarga Nuraina Humaira - Rubiah Wang
JAKOA di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan terus memberikan sokongan dan khidmat bantuan kepada keluarga Allahyarham Nuraina Humaira yang ditemui mati Sabtu lalu.

JAKOA nafi gagal selenggara air bersih untuk perkampungan Orang Asli Gua Musang
JAKOA menafikan dakwaan bahawa isu air di Gua Musang melibatkan perkampungan Orang Asli berpunca daripada kegagalan jabatan itu menyelenggara sistem rawatan air yang disediakan.

JAKOA hadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda ke kawasan pedalaman Orang Asli
JAKOA mengehadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda kepada badan bukan kerajaan untuk ke kawasan pedalaman Orang Asli terutamanya pada musim tengkujuh.

Usul pindaan kebajikan Orang Asli dimasukkan dalam Senarai Bersama - Ramli
Ramli akan membawa usul pindaan kebajikan Orang Asli ke dalam Senarai Bersama antara kerajaan Persekutuan dan negeri bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan berkaitan pengurusan tanah dan ekonomi.