Taman KLCC yang terletak di tengah-tengah hutan batu di ibu negara layak diiktiraf sebagai taman awam terbaik Malaysia, demikian menurut seorang pakar landskap.
Dekan Fakulti Reka bentuk dan Seni bina Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Osman Mohd Tahir berkata taman yang melengkapi Menara Kembar Petronas itu memenuhi kriteria penting taman awam antaranya berperanan sebagai penghubung kawasan yang membolehkan orang ramai menggunakannya pada setiap masa selain dijadikan tempat beriadah dan pelbagai lagi.
"Selain itu pembinaannya turut mengambil kira semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga orang dewasa termasuk kemudahan untuk orang kurang upaya," katanya dalam temu bual dengan Bernama di pejabatnya di Serdang, baru-baru ini.
Osman yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam Pengurusan Landskap Bandar Lestari, University of Newcastle upon Tyne, United Kingdom, berkata selain dilengkapi pelbagai fasiliti untuk kegunaan awam termasuk trek joging sepanjang 1.3 kilometer, taman itu juga ditanam dengan pelbagai tumbuhan warisan.
"Pemilihan jenis tumbuh-tumbuhan penting seperti tumbuhan tropika (palma dan pokok buah-buahan) yang dapat menarik fauna seperti burung seterusnya mengimbangkan ekosistem," katanya, menambah keputusan mengekalkan pokok dan tumbuhan asal di tapak Pusat Lumba Kuda Kuala Lumpur itu adalah bijak.
Contohnya semasa pembinaan taman, pokok batai yang sememangnya ada di situ dibongkar dan dipelihara sebelum ditanam semula bagi mengekalkan tumbuhan warisan di kawasan berkenaan, katanya.
Menurutnya tidak mustahil Taman KLCC boleh berkekalan sehingga ratusan tahun seperti The Eden Garden di Cornwall, England yang merupakan antara taman tercantik dan popular dalam kalangan pelawat.
Taman KLCC yang berkeluasan 20 hektar itu direka bentuk oleh arkitek landskap dan pencinta alam terkemuka dunia dari Brazil, mendiang Roberto Burle Marx.
Taman tersebut dilaporkan menerima 2,000 hingga 3,000 pengunjung setiap hari dan meningkat berkali ganda ketika warga kota meraikan acara-acara tertentu seperti Ambang Tahun Baharu dan sambutan Hari Kebangsaan.
Taman yang dibuka kepada orang ramai pada 1998 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri kali pertama, merupakan satu komponen penting dalam pelan induk pembangunan KLCC yang berkeluasan 40 hektar berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 09 2018
![Taman KLCC taman awam terbaik negara - Arkitek landskap Taman KLCC taman awam terbaik negara - Arkitek landskap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71539056017_SuriaKLCC.jpg)
Taman KLCC yang melengkapi Menara Kembar Petronas itu memenuhi kriteria penting taman awam. - Gambar fail
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Arkitek ditahan kemuka tuntutan palsu bernilai RM3 juta Arkitek ditahan kemuka tuntutan palsu bernilai RM3 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-07/41532436338_BajuLokap.jpg)
Arkitek ditahan kemuka tuntutan palsu bernilai RM3 juta
Seorang arkitek ditahan kerana disyaki membuat tuntutan palsu dianggarkan bernilai RM3 juta berkaitan sebuah projek pembangunan di pantai timur.
![Dengan sekali lafaz Mira Filzah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Dengan sekali lafaz Mira Filzah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71599140878_mirafilzah.jpg)
Dengan sekali lafaz Mira Filzah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar.
![Menjelang akad nikah, Mira Filzah mohon maaf Menjelang akad nikah, Mira Filzah mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61599137069_wanemirmirafilzah.jpg)
Menjelang akad nikah, Mira Filzah mohon maaf
Kenapa Mira Filzah minta maaf?
![Mira Filzah nikahi anak timbalan menteri malam ini Mira Filzah nikahi anak timbalan menteri malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599107873_wanemirmirafilzah.jpg)
Mira Filzah nikahi anak timbalan menteri malam ini
Mira Filzah pilih Wan Emir Astar yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai suami.
![Mira Filzah kahwin Oktober ini? Mira Filzah kahwin Oktober ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71583922030_MiraFilzahdanWan.jpg)
Mira Filzah kahwin Oktober ini?
Aktres jelita, Mira Filzah dan buah hatinya, Wan Emir Astar dilaporkan akan disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.
![Arkitek sedia ubah suai Carcosa Arkitek sedia ubah suai Carcosa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81566792050_TBUBAHSUAI.jpg)
Arkitek sedia ubah suai Carcosa
Menurut arkitek berpengalaman itu, Carcosa Seri Negara telah kosong selama dua tahun sejak 1987, sebelum beliau membuat kerja baik pulih pada 1989.
![Cesar Pelli, pereka Menara Berkembar Petronas meninggal dunia Cesar Pelli, pereka Menara Berkembar Petronas meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41563590235_CsarPelli.jpg)
Cesar Pelli, pereka Menara Berkembar Petronas meninggal dunia
Argentina kehilangan seorang arkitek profesional yang juga pereka Menara Berkembar Petronas, Cesar Pelli pada Jumaat, lapor agensi berita tempatan negara itu, Telam.
![Pantai Hills Resort masih belum mendapat kelulusan MPN Pantai Hills Resort masih belum mendapat kelulusan MPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61543669475_TEO.jpg)
Pantai Hills Resort masih belum mendapat kelulusan MPN
Ini kerana kebanyakan resort berkenaan tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan MPN.
![Taman KLCC taman awam terbaik negara - Arkitek landskap Taman KLCC taman awam terbaik negara - Arkitek landskap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71539056017_SuriaKLCC.jpg)
Taman KLCC taman awam terbaik negara - Arkitek landskap
Menurutnya tidak mustahil Taman KLCC boleh berkekalan sehingga ratusan tahun seperti The Eden Garden di Cornwall, England yang merupakan antara taman tercantik dan popular dalam kalangan pelawat.
![Tender RM300 juta: Arkitek GLC ditahan reman Tender RM300 juta: Arkitek GLC ditahan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51519815480_BajuLokap.jpg)
Tender RM300 juta: Arkitek GLC ditahan reman
Perintah reman dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Raslan di Mahkamah Majistret di sini, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).