PASIR MAS: Polis berjaya menumpaskan satu kegiatan pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran selepas menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di hadapan sebuah tadika di Taman Rantau Mas dekat Rantau Panjang di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata polis menemukan 1,047 gram dadah jenis syabu dan 8,000 biji pil kuda bernilai RM116,000 dalam bungkusan plastik tertera nama sebuah syarikat penghantaran yang dibawa suspek, dalam kejadian pukul 5.45 petang itu.
Beliau berkata ia bermula apabila anggota polis ternampak sebuah beg galas dalam raga motosikal dinaiki suspek, sebelum menghampirinya dan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis, namun suspek dilihat cuba melarikan diri.
"Cubaan suspek melarikan diri tidak berjaya apabila berlaku pergelutan, dan pemeriksaan lanjut ke atas beg galas yang dibawanya itu menemukan satu bungkusan plastik berwarna putih dan merah tertera nama salah sebuah syarikat penghantaran," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya lelaki yang mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah itu didapati positif dadah jenis Methamphetamin, dan lelaki itu juga mengaku hanya berperanan sebagai penghantar dengan mendapat upah RM300 daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai "Faris".
"Polis turut merampas wang tunai RM7,925 serta motosikal yang digunakan, dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Susulan daripada maklumat itu, Mohd Nasaruddin berkata sepasukan anggota polis menyerbu sebuah premis niaga di Banggol Kulim, di sini, pada pukul 12.19 tengah malam tadi dan menahan tiga lelaki berusia 25, 30 dan 39 tahun.
Beliau berkata dua pil Epam ditemukan dalam poket seluar lelaki berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Faris, manakala suspek berumur 25 tahun itu pula didapati positif dadah jenis Benzodiazepines, dan ketiga-tiga mereka akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021
![Taktik edar dadah guna khidmat penghantaran ekspres tumpas Taktik edar dadah guna khidmat penghantaran ekspres tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/71587725771_WomenHancuffsGeneric.jpg)
Polis berjaya menumpaskan satu kegiatan pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran selepas menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di hadapan sebuah tadika di Taman Rantau Mas dekat Rantau Panjang, semalam. - Gambar hiasan
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739504517_ezrin.jpg)
Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.
![Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736574170_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai
Polis merampas segulung kabel hitam, dua alat pemotong kabel, batang besi, sabit, kereta, dan beberapa kunci semasa serbuan.
![Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737968540_TBalongcham.jpg)
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
![Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737868821_tbfemaleIsraelisol.jpg)
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
![Polis Johor selesai empat kes pecah rumah dengan penangkapan dua lelaki tempatan Polis Johor selesai empat kes pecah rumah dengan penangkapan dua lelaki tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737719160_barangrampasan.jpg)
Polis Johor selesai empat kes pecah rumah dengan penangkapan dua lelaki tempatan
Dua lelaki berkenaan ditahan dalam tempoh enam jam selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Skudai Baru pada 21 Januari lepas.
![Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737520099_tbrampasanbungaap.jpg)
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
!['Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas 'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737108218_TBKOKAIN.jpg)
'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.
![Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730898224_TBRuslinJusoh.jpg)
Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.
!['Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK 'Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736834304_Magicmushroom.jpg)
'Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK
AADK telah membuat 50 kajian kes melibatkan kumpulan penagih yang mendakwa menggunakan 'magic mushroom' dan mendapati ia sebenarnya adalah dadah sintetik.
![Lelaki punyai 19 rekod lampau ditahan, rampas dadah lebih RM11,000 Lelaki punyai 19 rekod lampau ditahan, rampas dadah lebih RM11,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735897091_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Lelaki punyai 19 rekod lampau ditahan, rampas dadah lebih RM11,000
Suspek berusia 50 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik yang menjalankan operasi hasil maklumat dan risikan.