Kereta membawa Ahli Parlimen Kota Bharu itu tiba pada pukul 11.30 pagi.
Kira-kira seminit kemudian, sebuah lagi kenderaan dengan lambang Dewan Negara di hadapan kereta turut dilihat memasuki kawasan itu.
Begitupun, tidak dapat dipastikan individu yang berada dalam kenderaan tersebut.
Selang 15 minit kemudian, kenderaan membawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali pula dilihat memasuki kediaman Presiden parti Bersatu itu.
Kenderaan beliau tiba sama waktu dengan kenderaan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang berada di belakang kenderaan Mohd Zuki.
Begitupun, tidak dapat dipastikan intipati pertemuan tersebut memandangkan tiada di antara mereka mengeluarkan kenyataan berkaitan pertemuan tersebut setakat ini.
Perkembangan Politik | Pembentukan kerajaan baharu: Siapa PM?
[LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa bakal Perdana Menteri?
Astro AWANI sebelum ini melaporkan semua pemimpin parti politik akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa.
Sesi mengadap Yang di-Pertuan Agong itu dipercayai berkaitan dengan perbincangan berhubung calon Perdana Menteri ke-9.
Perjumpaan tersebut dijangka berlangsung pada pukul 2.30 petang yang akan turut disertai oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.
BACA: Agong perkenan peletakan jawatan, lantik Muhyiddin sebagai 'caretaker' PM - Istana Negara
BACA: Antara Ismail Sabri, Anwar dan Shafie, siapa lebih berpeluang jadi PM?
Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Isnin.
Tindakan itu diambil selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional.
Beliau yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari 2020 ekoran krisis politik selepas keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan.
Susulan peletakan jawatan itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Caretaker sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.