Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa mempunyai salinan surat menunjukkan campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Selain bekas Perdana Menteri itu, Takiyuddin turut mendakwa Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mengarahkan pembatalan pembekuan aset taikun hartanah, Tan Sri Lim Soon Peng berkaitan kes berkenaan.
Beliau mendakwa, Soon Peng terlibat dalam pengubahan wang haram sebanyak RM4 juta daripada 1MDB.
"Ketika dihadapkan kepada Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Soon Peng meminta peguamnya untuk membuat surat represtasi kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 20 Oktober 2018.
"Apa yang berlaku, surat daripada peguam ini diminitkan oleh Perdana Menteri ketujuh (Dr Mahathir) pada masa itu. Minit itu berbunyi, 'saya berpendapat, penyelewengan oleh mantan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tidak boleh disalahkan (kepada) Tan Sri Lim (Soon Peng).
"Oleh itu pembekuan akaun peribadinya atau syarikatnya tidak boleh dikekalkan'. Ditandatangani, 5 Disember 2018, siap dengan cop Perdana Menteri," dakwanya ketika mengulung perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat, pada Isnin.
Tindakan beliau itu menyebabkan beberapa Ahli Parlimen mencelah dan mempertikaikan perkara itu.
"Yang Berhormat Menteri, janganlah cuba misleading (mengelirukan) dewan. Tolonglah, ini misleading ...," kata Mohamed Hanipa (AMANAH-Sepang).
Beliau berkata, surat itu kemudiannya diminitkan sekali lagi oleh Guan Eng bertarikh 19 Februari 2019 yang meminta supaya SPRM segera menarik semula arahan pembekuan terbabit seperti yang diminta oleh Dr Mahathir.
Katanya, susulan surat itu, Tommy dilaporkan membalas kepada Guan Eng menerusi surat bertarikh 31 Mei 2019 mengenai arahan beliau kepada SPRM.
"Tak pernah berlaku dalam sejarah malah saya percaya surat representasi Yang Berhormat Sepang (Mohamed Hanipa Maidin) tidak pernah diminitkan sebegini," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, beliau mengesyorkan Perkara 10(1)(c) dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan perlu dipinda sekiranya undang-undang berkaitan lompat parti mahu digubal.
"Jika Perlembangaan Persekutuan (Perkara 10(1)(C)) tak benarkan semua warganegara untuk membentuk persatuan, baru kita boleh gubal akta orang lompat parti," katanya.
Astro Awani
Mon Aug 10 2020
Takiyuddin turut mendakwa Guan Eng dan Tommy mengarahkan pembatalan pembekuan aset taikun hartanah itu.
Jenayah: Lelaki acu pistol lepas ditegur jangan merokok di medan selera
Polis menahan seorang lelaki yang bertindak menunjukkan objek menyerupai pistol dalam satu insiden pertengkaran dikatakan berlaku di sebuah medan selera di Puchong, Selangor, Isnin lalu.
Amanat KPN: PDRM pantau pegawai, anggota hidup mewah lebihi kemampuan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mahu penyeliaan secara pemantauan rapat dilaksanakan dengan lebih berkesan terhadap pegawai dan anggota polis yang dikesan memiliki gaya hidup mewah melebihi kemampuan.
MetMalaysia ramal banjir di pantai timur, Sarawak dan Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) akan berlaku lima hingga tujuh luruan monsun yang membawa episod hujan lebat berterusan.
Kelangsungan perjuangan Hamas selepas kematian Yahya Sinwar
Syahidnya Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar, yang sebelum ini menggantikan Ismail Haniyeh, mungkin dianggap tamparan buat kumpulan pejuang itu.
Tetapi umum berpendapat, perjuangan Hamas, tidak akan pernah terhenti, hanya dengan kematian pemimpinya.
Untuk analisis berkaitan kelangsungan hamas pasca kehilangan pemimpin utamanya, kita bersama
Prof Dr Kamaruzzaman Yusof, Profesor Adjung Universiti Malaya dan Pensyarah Fakulti Sosial Sains Universiti Islam Melaka.
Tetapi umum berpendapat, perjuangan Hamas, tidak akan pernah terhenti, hanya dengan kematian pemimpinya.
Untuk analisis berkaitan kelangsungan hamas pasca kehilangan pemimpin utamanya, kita bersama
Prof Dr Kamaruzzaman Yusof, Profesor Adjung Universiti Malaya dan Pensyarah Fakulti Sosial Sains Universiti Islam Melaka.
Unit Udara JBPM bantu Orang Asli Gua Musang dapatkan rawatan
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan membawa seorang lelaki Orang Asli dari Pos Simpor, untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Kes konsesi pasir MBI: SPRM beku aset jutaan ringgit
SPRM telah membekukan aset bernilai jutaan ringgit melibatkan siasatan kes Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) yang berkaitan rasuah konsesi perlombongan pasir.
Raih gelaran Ironman Malaysia pada usia 61 tahun
USAHA yang konsisten dan belajar daripada kelemahan lalu menjadikan seorang lelaki berjaya meraih gelaran Ironman Malaysia pada usia 61 tahun.
[KOLUMNIS] Mentransformasi seni digital serlah kreativiti universiti
Kombinasi ilmu dan seni dalam kehidupan adalah seimbang - ilmu memberikan ketertiban dan kejelasan, manakala seni membawa kedamaian dan kegembiraan.
Belanjawan 2025 peluang kerajaan perhebat reformasi ekonomi
Belanjawan kali ini dijangka melebihi RM400 bilion, menjadikannya yang terbesar setakat ini.
Randai Macbeth: Adaptasi interkultural yang berani
Adaptasi ini memberikan kritikan halus terhadap situasi politik kontemporari, di mana kuasa sering disalah gunakan tanpa peduli kepada nilai etika dan tanggungjawab sosial.
Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB
Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan untuk membatalkan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan 4 anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada memindah atau melupus aset sehingga AS$681 juta
Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.
1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.