SEREMBAN: Dua lelaki tidak sempat berseronok dengan hasil samun apabila ditahan polis setengah jam selepas melakukan jenayah itu di sebuah restoran 24 jam di S2 Height di sini awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian pada jam 5.10 pagi itu berlaku ketika tiada pelanggan berada di restoran tersebut.
"Kami menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 29 tahun yang merupakan pembantu restoran melaporkan premisnya disamun dua lelaki bersenjatakan parang dan cota.
"Hasil siasatan mendapati suspek meluru masuk dalam premis dengan mengacukan senjata berkenaan ke arah pekerja seterusnya mengambil sejumlah wang tunai, telefon bimbit dan tablet milik restoran di kaunter juruwang.
"Pengadu mengalami kerugian lebih kurang RM2,400," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Ujarnya, bertindak atas maklumat, suspek berusia 19 dan 21 tahun berjaya ditahan di Taman Permai, Seremban kira-kira jam 5.45 pagi iaitu kira-kira setengah jam selepas melakukan jenayah tersebut.
"Pihak polis turut membuat rampasan beberapa barang kes termasuklah sebuah motosikal yang digunakan suspek dalam kejadian ini.
"Suspek direman selama enam hari bermula Jumaat bagi melengkapkan siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 17 2023

Tangkap layar rakaman kamera litar tertutup di premis berkenaan. - Foto PDRM

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Tak sempat joli, dua lelaki ditahan selepas setengah jam menyamun
Kejadian pada jam 5.10 pagi itu berlaku ketika tiada pelanggan berada di restoran tersebut.

Kekurangan pekerja, restoran mamak belum mampu beroperasi 24 jam
Kebanyakan pengusaha restoran mamak lebih selesa mengekalkan waktu operasi sekurang-kurangnya setakat 2 pagi.